Friday, July 27, 2012

Ustaz Don cakap kalau boleh' puasa dengar nyanyian '

Selamat pagi semua, Alhamdulillah harini rasa ceria sikit, terima kasih kepada kawan2 yang memberi sokongan dan memotivasikan saya.. terharu rasanya bila ada yang mengambil berat ;)

Malam semalam saya tengok '30 minit bersama Ustaz Don'. Ceritanya tentang fadilat dan makruh puasa di bulan ramadhan. lebih kuranglah kot.. sebab saya dengarpun dah di penghujung rancangan.. Tapi apa yang lebih menarik untuk saya kupas di sini   Ustaz Don mintak 'kalau boleh dalam bulan ramadhan ni kita berpuasa dari mendengar nyanyian baik nasyid sekalipun selama sebulan, kalau tak boleh tahan sangat, sampai boleh parkinson tak dengar lagu, dengar malamje.. 

Persoalannya bolehke kita? kalau saya sumpah rasanya sangat sukar..sebab saya rasa iman saya tak cukup kuat . Bagi saya mendengar lagu  tak salah tapi janganlah sampai melalaikan hati. kalau dengar lagu sampai lalok atau terkinja2 berjoget mungkin tak eloklah.  Pada saya mendengar lagu nasyid atau lagu2 yang agak sentimentol atau retrojer kadang2 boleh juga mendamaikan hati yang sedang rawan.

Lagi satu, dua minggu sebelum raya nanti pasti lebih rancak kedengaran lagu raya dipasang di mana sahaja. Di shopping compleks, mydin mahupun di Jalan TAR yang sudah semestinya menjadi tumpuan  tempat membeli  belah waima di pejabat sekalipun  takkan kita nak sumbat kapas dalam telinga.. melainkan kalau sebulan kita di rumah sahaja rasanya bolehlah menahan  diri kot. Tapi bagi saya tanpa mendengar lagu raya keronokan berpuasa dan menyambut raya tu rasa kurang 'feel'.

Itu pendapat dan pandangan saya sahaja yang imannya mungkin senipis daun bawang 
pendapat saudara saudari pula bagaimana?



7 comments:

  1. oh ye ke dikk
    akk nie banyak dgr radio IKIM FM tuu huhuh
    x leh ke huhuh

    ReplyDelete
  2. Kakak rasa kakak pun payah juga sebab walaupun radio IKIM tetap pasang juga nasyid. Tapi rasanya nasyid di IKIM tak mengkhayalkan tapi bagai mengingatkan kita sebagai hamba Allah..

    ReplyDelete
  3. ooo ye ker, susah sb dimana-mana ada radio maka terdengarlah lagu, dlm bas pun he he buka blog pun ada lagu gak
    macam mana ni??

    ReplyDelete
  4. betul tu..kalu dlm kereta mesti nak dgr lagu juga..hmm kalu x melalaikan bole kot..hehe

    ReplyDelete
  5. hmmmm.... mgkin kalau kita dgr smpai kita lalai tak elok lah...

    ReplyDelete