Wednesday, July 25, 2012

Kenapa isteri berkira dengan mertua??


                                     
 Kebanyakan ISTERI ZAMAN SEKARANG, TIDAK SELESA jika suami MELEBIHKAN IBU KANDUNGNYA daripada isteri sendiri..hakikatnya, andai kata kita sudah tua..apa perasaan kita jika anak lelaki kita MELEBIHKAN ISTERINYA daripada kita sebagai ibu kandungnya?


Sering kali kita dengar tentang itu, Hakikatnya semua isteri tahu.. tapi yang jadi masalah ada sesetengah suami terlalu Melebihkan ibu bapa tanpa mengambil kira hati isteri malah ada yang berkira-kira dengan isteri 


Isteri berkira setelah pengorbanan rasa tak dihargai. Ramai suami yang begini,. mengabaikan nafkah  isteri jika isteri bekerja. Isteri pada mulanya tak kisah kerana rasa cinta yag mendalam pada suami malah sanggup berkongsi pendapatan untuk menampung perbelanjaan rumah tangga. Kadang-kadang si isteri pula yang banyak mengeluarkan belanja tetapi bila sampai suatu masa apabila rasa seperti tidak dihargai si isteri mula berfikir negatif dan mula sedar dan berasa ada orang lain yang telah merampas hak nafkah tersebut, isteri mula berkira dan hilang hormat pada suami. sebab itu suami disarankan tetap memberi nafkah pada si isteri walau isteri bekerja dan lebih berpangkat supaya tidak timbul rasa terkilan dan kecewa apabila haknya tidak diberi tapi diberi pada orang lain yang suami rasa lebih berhak.. tentulah pada ibu bapa anda, bukankah begitu wahai suami?


Ada suami yang melebihkan, menyayangi dan menghormati ibu bapanya tetapi tiada rasa kasih dan sayang pada mertua. Misalnya tidak mengambil tahu langsung keadaan mertua, langsung tidak menghulurkan duit, malahan tidak selesa untuk bermalan di rumah mertua. Anda harus ingat, isteri ada nilai2 kekeluargaan yang sangat tinggi, rasa kasih sayang pada ibu bapanya sangat menebal walau tau hakikat isteri kene mengikut suami tapi apabila rasa ibu bapanya diabaikan dan anda meminta untuk menyayangi ibu bapa anda, anda tidak boleh berharap dia akan boleh berbuat demikian kerana perempuan penuh emosi.. silap2 mereka akan berdendam.. bagaimana anda melakukan kepada ibunya begitulah dia akan lakukan pada ibu anda.


Ada suami yang langsung tidak mahu menyusahkan ibu bapanya tapi mengabaikan perasaan isteri. Sekuat manapun kudrat dan berdikarinya si isteri tapi dia masih memerlukan sokongan dan bantuan orang lain. masih memerlukan perhatian orang tua misalnya setiap kali isteri dalam kesusahan dan memerlukan teman,anak sakit dan sebagainya atau berpantang. Tapi setiap kali itu juga hanya ibu si isteri yang memberi perhatian mestilah si isteri akan terasa kerana anda suami tidak pernah mempelawa atau meminta bantuan daripada ibu bapa anda. Apalagi ibu bapa anda juga tidak reti untuk mensukarelakan diri menghululurkan bantuan. Kalaupun memikirkan orang tua anda sudah tua tetapi apa kurangnya keadaan isteri yang mungkin ibunya lebih tua.


Ada mertua pula jenis langsung tak ambil peduli tentang susah senang anak menantu cucu cicit dan anda pula jenis tidak suka berkongsi susah senang anda dengan family anda. kebanyakakn isteri akan mengadu nasib pada ibu bapanya dan susah senang, ibu bapa dia yang banyak menolong. Isteri pada mulanya tidak kisah tetapi jika mertua mula menceritakan kebaikan besan lain dan menantu lain depan si isteri anda, tidak mustahil si isteri memberontak dan mula membenci.

Suami tak pernah nak memahami.. kebanyakan suami akan menyalahkan isteri jika menegur atau mengadu ketidakpuasan hatinya pada ibu bapa dan keluarga anda. nak atau tidak, isteri harus menerima seadanya walaupun pahit terpaksa di telan.. Jika yang pahit itu dirasakan ubat boleh dijadikan penawar tapi jika yang ditelan itu dirasakan racun boleh membunuh.. Tidak mustahil apabila sakit hati pada sikap suami boleh menjadi dendam pada mertua.


12 comments:

  1. salam
    betul tu, byk saya lihat mcm tu. suami kurang ilmu dlm rumah tangga tak tau bertanggungjawab. mertua tamak kasih sayang dan duit anak dia pula sangat cemburukan menantu mereka kadang kala tu. yang makan hati isteri.

    ReplyDelete
  2. Berdoa semoga hubungan sesama ahli Keluarga kita akan baik seperti org lain...

    ReplyDelete
  3. suker n3 nie..:) kene selalu ingatkan diri sendiri tentang hal keluarge dan jugak mertua...ape2 pon sebenarnyer..kene adil..dan suami jugak kene paham anak pompuan ngan mak pak memang manje dan tetap rapat walaupon telh bekeluarge..

    ReplyDelete
  4. psal witir tu..die sebenarnya sunat sahaja..tak menjadi masalah kalau tak buat..yg jd masalah..buat dua kali semalaman tapi tak kena cara..tapi sesunat sunat witir tu pon..mmg perlu buat..sbb nabi suruh sgt kita buat

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..
    Kunjungan balas ke blog ni =P

    Dalam kes ni, sy rase salah satu faktor penting masa kita memilih bakal suami mainkan peranan penting. Kalau kita cari suami yang punya agama, insyaAllah hal mcm ni tak timbul. Suami yang ada asas/ilmu agama akan tahu kepentingan untuk taat kepada ibunya dan dalam masa yg sama x abaikan perasaan isteri.

    Both husband and wife kena muhasabah dan tarbiyah diri so that suami tak jadi anak derhaka kpd ibunya, dan isteri tak derhaka pd suami. Nauzubillah. masing2 kena tau and faham tugas & peranan masing2 sbg anak, suami dan isteri.

    Mudah2an ukhuwah kekeluargaan antara kita dan mertua akan terjalin erat in the same time, tak merenggangkan hbgn kita dgn family kandung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betultu, suami janganlah terlalu ego dan isteri pulakharus juga mengawal emosi

      Delete
  6. assalamualaikum saleha...betul tu sikap kekeluargaan haruslah kita utamakan agar keluarga akan sentiasa bahagia dan semakin rapat...:)

    ReplyDelete
  7. salam..

    moga mrk yg mnghadapi situasi mcm ni
    akan dpt hadapinya dgn sabar sbb
    berada dlm satu keluarga
    bertolak ansurlah

    ReplyDelete
  8. saya singgah sini dan baca utk tahu dan meluaskan pengetahun. sy tak tahu alam rumah tangga ni..

    ReplyDelete
  9. assalam
    tq ye Saleha, insyaallah berkat doa

    akak x berpeluang sb mertua terlebih dahulu kembali ke rahmatullah
    dan alhamdulillah suami pula sgt2 hormat pd ibubapa akak
    yg penting kita pasangan saling bertolak ansur ye tak
    akak jg tgk pergelokan antara menantu, mertua kawan2 dan iparduai kakak2,
    mertua kak long akak dulu sgt2 benci menantu konon miskin tp bila dah berjaya senang, akhirnya sgt2 sayang pd menantu yg dulu dibencinya emm mcm2 kan. susah jg kadang2 tu ada mertua yg berkira spt cerita Saleha diatas

    ReplyDelete
  10. mertua sy sgt caring her son,
    kdgtu kite tak sempat nk wat, die yg dlu..
    tp oke aje... heheheh
    mlm ni pn nk blk umah mertua,
    bukak pose sana plak.. adil kan.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah dapat yg caring.. ada sesetengah dapat yg langsung tak amek tau.. anak balik dari kejauhanpun takde ape yg berbeza kdgtu tak rasa diraikan langsung

      Delete