Thursday, September 6, 2012

Seperti Allah tunjukkan jalan, tapi suami macam keberatan malaluinya

Malam tadi, seolah ada sinar menuju bahagia.. hati berbunga harapan.. senyum terukir .. sujud sembah kesyukuran.. memohon semoga hati suami dilembutkan memenuhi harapan..

Malam tadi saya dimaklumkan kawan ada kekosongan jawatan suami di Terengganu. saya rasa macam nak melompat, saya rasa mcm Allah mendengar rintihan saya, Saya rasa Allah sudah menunjukkan jalan.. cuma tinggal lagi kemahuan suami samada rela untuk sama melaluinya atau sebaliknya.

Saya buat sembahyang hajat minta dilembutkan hati uami, kerana saya begitu maklum yang sebelum ni suami agak keberatan untuk balik berkerja semula di Terengganu. Alasan kerana terlalu banyak buat pertukaran dalam masa yang terdekat.

Seusai solat, saya memeluk suami dan bertanya sayang saya ke tidak. dia mengiakan dan saya bertanya lagi.. kalau ada kekosongan di Terengganu nak tak balik kerja di sana.. dia mengangguk.. maka saya maklumkan kepadanya tentang hal tersebut.. tapi saya kecewa kerana suami tetap bagi alasan yang sama. dan plbagai alasn lagi.. dan yang paling saya tercalar hati dia mengalah sebelum berjuang.. dia katakan pada saya tempat itu tidak mungkin dapat diisi olehnya, mungkin sudah ada pengganti..  Alangkah sendunya hati hanya Allah yang tau.. belum cuba belum tau.. bukankah Allah yang mengatur segalanya?

Saya cuba memujuk akhirnya saya merajuk.. Tapi mungkin sebab nak jaga hati saya, maka dia bersetuju menelepon orang yang meng'incharge'. tapi saya tau dia rela dalam terpaksa.. saya sangat mengharap tapi saya terpaksa redha dengan kedegilan itu kiranya dia tetap tidak mahu mencuba.. . cuma saya tidak pasti, saya boleh tidak menghadapi kekecewaan lagi.. semoga Allah berikan kekuatan dan ketabahan yang tidak berkesudahan..

Saya juga tidak berhenti berharap.. semoga ada jalan yang terbaik untuk kami..



7 comments:

  1. InsyaAllah moga dipermudahkan, selepas berusaha, berdoa dan bertawakal. :) Sentiasa mendoakan yang terbaik buat rakan2 di alam maya. :)

    ReplyDelete
  2. KA doakan yg terbaik ye

    ReplyDelete
  3. Semoga dimakbulkan doa kamu itu yer..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  4. Teima kasih atas doa kalian semua.. terharu saya ada kawan2 maya yang sudi memahami dan mendoakan saya.. semoga Allah melimpahkan rahmat dan kebahagiaan dalam hidup kalian juga

    ReplyDelete
  5. teruskan berdoa InsyaAllah dia akan lembut hati

    ReplyDelete