Oh betapa kejamnya saya dengan Allah selama ini.. tidak pernah mensyukuri nikmat yang telah diberikan kepada saya.. saya juga keliru, adakah saya ini terlalu tamak? atau adakah saya ini terlalu lemah? Namun kenapa saya rasa terhimpit sangat ketika ini? dimana ketengangan dan kedamaian hati saya? Apakah benar rasa yang saya alami ini kerana kekufuran saya, tidak bersyukur dengan ketetapanNya?
Kalaulah ada yang memahami saya di sini... semoga Allah pertemukan saya dengan seorang sahabat sejati.. yang sudi berkongsi suka duka saya dan menemani hari2 sunyi saya.. oh apakah saya masih tidak bersyukur? bukankah Allah dah berikan saya suami? OH KALAULAH ADA YANG MENGERTI
bertabahlah sahabat ~
ReplyDeleteInsyaAllah, semoga Allah memberi kekuatan
DeleteSabar ya, Saleha. Kadang2 ujian yang datang menyebabkan kita rasa sesak dada. Nak luahkan pada yang sesuai jugak. Bukannya tak de suami tapi mungkin seorang sahabat lebih sesuai kan. Akak pun macam tu jugak kadang2. Tapi kan, dik. Mengadulah pada Allah. Dia mungkin sedang rindu pada suara Saleha agaknya. Sebab tu lah Dia beri ujian.
ReplyDeletet.kasih kak
Deleteberat bahu yg memandang berat lg bahu yg memikul...sy faham perasaan awak...semoga ALLAH beri penyelesaian pada masalah yg awak hadapi,amin
ReplyDeletet.kasih
DeleteJika kamu inginkan kesempurnaan dlm setiap inci kehidupan..sampai wafat pun tidak akan kamu jumpa kebahagian...belajar menerima kekurangan dlm diri kerana kamu juga tahu kamu bukan maksum kan...sebagaimana banyak nya kamu memberi jgn fikirkan equalnya ketika kamu menerima....
ReplyDeletecukuplah ada yang mengerti.. betul kata akak sampai matipun kita takkan mendapat kesempurnaan
DeleteSabar yer saleha..mgkin ada yg tak tahu hal sebenar. Saya doakan saleha kuat mengharungi cabaran..
ReplyDeleteterima kasih kak
DeleteSalam...
ReplyDeleteMintak maaf terlebih dahulu kalau kata2 saya akn mengguris rasa.. ~_~
Cuma, sy fikir mcm ni.. Sy mahukan seorang suami di sisi, kerana pada dia akn saya ceritakan, luahkan, mengadu segala ... Hanya dia seorang, kerana dia suami, yang akn menjaga aib saya walau apa pun ceritanya...
Itu angan saya yg belum bersuami.. ^^
Tapi bila dah bersuami, entah mcmn dia kelak ye...?? huhu
Saya doakan sis diberi kekuatan... Banyakkan beristikharah, minta petunjuk dan bergantung pd ALLAH selain drpd meminta pendapat dari sahabat sis.. InsyaALLAH...
semoga adik dijodohkan dengan suami seperti yang diimpikan.. tetapi jangan terlalu menaruh harapan yang terlalu tinggi kerana kita akan mengalami kekecewaan yang berlipat ganda jika tidak seperti yang diharapkan. kerana harapan begitulah akak sanggup berkorban berada di sisi suami walau hati separuh rela
Deletespt kata pepatah" berat mata memandang berat lg bahu yg memikul"....kadangkala org yg melihat blh berangapan apa saja tp empunya diri yg rasa semuanya...blh nasihati org tp diri sendiri pun blm tentu
ReplyDeletebukan saja kerja malahan apapun kita kadangkala dlm dilema...ada ketika hanya berserah .penah suatu rasa teramat sukar buat keputusan takkala ini jg akak sgt2 sukar tp mesti ada stu sb dan alasan yg kukuh....fikirkan keluarga
bg akak kerja boleh dicari dimana sahaja..mungkin rezeki ditempat lain
insyaallah
solat istikarah utk buat keputusan terbaik ye
InsyaAllah, t.kasih kak atas nasihat dan pandangan yang berguna ini
Deleteleeza doakan yang terbaik utk akak. moga dipermudahkan segalanya.
ReplyDeletet.kasih dik
Deletekite kene kuat..aku tau mu sentiasa bersyukur..aku tau setiap solatmu diiringi doa...bertabahlah buat seketika wahai teman..saat mu dilanda ujian...aku berdiri di sisimu..datangla bila yg engkau suka...aku mungkin bkn sahabat sejati..tp aku mungkin bisa menemani mu dalam melepaskan resah,..sabar la kawan..Tuhan pertemukan semula kita di blog ini mungkin ade hikmahnya..aku sndiri bukannya org yg kuat tp apabila kita saling bergantungan..bukankah itu memberi sedikit ketenangan pdmu....aku turut mendoakanmu..
ReplyDeleteterima kasih sahabatku
Delete