Tuesday, September 4, 2012

Kenapa nak berhenti kerja part 2


Sebab saya tak dapat tukar ke Terengganu dan kerana saya ni dah tak mampu nak lawan 'countrysick' jadi saya fikir kalau saya tak bekerja, saya mudah nak balik Terengganu, melepaskan rindu dendam.. tak perlu apply cuti.. tak perlu nak fikir jaga prestasi

Antara sebab lain, saya dah lama bercita2 dan menanam impian untuk ada bisnes sendiri.. kenapa memilih bisness sebab saya taknak duk rumah tanpa ada pendapatan sendiri.. biar tak besar kecil2an pun sudah cukup asalkan saya ada pendapatan sendiri.. tidak hanya bergantung harap pada ehsan suami.. ohw sekarang ini, ramai mentua yang mengeluh dan melahirkan rasa tak puas hati walau tak luah secara zahir tetapi menunjukkan protes kalau menantu hanya mengharapkan gaji suami. (daripada pengalaman dan pemerhatian).

Sebagai seorang ibu, saya sangat berharap saya dapat mendidik dan mengasuh anak2 dengan tangan sendiri.. saya rasa saya adalah seorang yang sangat berjaya jika saya dapat membesarkan anak2 dengan cemerlang, bagi saya mendapat anak yang solehah adalah kejayaan terbesar seorag ibu, bukan mendapat pangkat yang tertinggi dalam jawatan. Saya rasa saya tak cukup masa untuk anak2.. saya selalu sedih dan kecewa bila saya melepaskan geram dan tidak dapat mengawal emosi bila anak2 merengek ketika saya sangat letih dan sibuk.. walhal saya sedar diorang sengaja meminta perhatian.

Sekarang ini, saya tidak pasti ada tak keberkatan dalam rezki saya, kerana saya sukar untuk mengikhlaskan hati keranan keadaan sekarang.. saya tak gembira bekerja di sini.

10 comments:

  1. Kakcik dah lama terfikir nak berenti kerja, tapi memandangkan kakcik tiada kemahiran lain yang boleh menjana pendapatan, terpaksalah juga tunggu sampai pencen. :(

    ReplyDelete
  2. Salam Saleha..

    Akak pun pernah terfikir macam tu.. kesian kat anak-anak apabila kemarahan itu di lepaskan kepada mereka... namun utk berhenti tak mungkin kerana hampir 60% pendapatan akak untuk membayar hutang piutang yang ada... :-((

    Jika saleha mempunyai kemahiran untuk business teruskan niat itu.. jika itu kebaikan nya :D

    ReplyDelete
  3. kadang2 memang kita rs sangat nak berhenti..x ikhlas wat keje...tapi bila mikir2 hale ke depan...nok dok nok kena tahan r...
    apepun..moga Allah mempermudahkan segala urusan kita insyaallah

    ReplyDelete
  4. Sayang nak berhenti gomen tapi kalau rasa berhenti itu yg terbaik untuk u, buatlah.... Maybe itu lebih menenangkan jiwa Dan perasaan...

    ReplyDelete
  5. saya dh lama xbekerja setelah ada anak..biar org kata...belajar tinggi tp xbekerja..asal anak selamat dijaga sendiri....

    kalau kes saleha...elok bincang dl dgn suami...

    ReplyDelete
  6. sy lps kawen je terus berhenti kerja... takdir Tuhan jugak, terus lekat.. dpt alisha n terus jd suri rumah sepenuh masa.. jg ank n umah tagga :-)

    ReplyDelete
  7. terpulang msg2, for KA fikir masak2 dan buat pilihan yg terbaik, as a friend KA akan sokong apapun keputusan yg dibuat!

    ReplyDelete
  8. kalau keje gomen rasa sayang pula ..saleha..
    sebab nk dapat bukan senang..dalam masa yg sama kesiankan anak2..taraf hidup skrg berbeza.TAPI jika suami kukuh dan u sendiri ada kemahiran(contohnya buat kek atau apa sahaja yg boleh menjana pendapatan dari rumah..insyaALLAH teruskan)..

    cuba u pejamkan mata beebrapa minit dan pikirkan apa yang u cari sebenaqnya?

    ReplyDelete
  9. Saya juga sdg fikir hendak berenti gomen ni...dah 10 thn, senior ...masalah adalah berjauhan dgn family...baru mula buat part time business ...nak berenti gomen ni ada byk syarat..kita wanita, umur 40 dan telah bekerja 10 thn....adalagi syaratnya.

    saya mohon awak bersabar dulu...masa berlalu pantas..dah bulan 10 2012....

    ReplyDelete
    Replies
    1. to anonymous - saya tidk faham tentang syarat umur 40 dan bekerja 10 tahun.. rasanya tiada syarat begitu. atau saya tersilap pandang.

      boleh tak bagi rujukan dari mana puan dapat?

      Delete