Monday, September 3, 2012

Kenapa Nak Berhenti Kerja

Sungguh2 dalam minggu selepas raya sehingga ke hari ini, jiwa rasa sakit, hati berkecamuk.. puas mencari kedamaian hati tapi belum ditemui.. mungkin lepasni kena banyak bangun malam.. sujud merayu kepada yang maha Pencipta dan maha Penyayang serta maha Pemurah.. yang MAHA segala2nya.. mungkin sebelum ini saya lagha dan sudah mula melupakanNya, mungkin Allah turunkan rasa ini supaya saya kembali kepadaNya dengan hati yang tawaduk dan ikhlas sebagai hambaNya.. selamani mungkin saya buat kerana sudah menjadi tanggungjawab tapi kurang rasa keikhlasan dalam sujud sembah kepadaNya.

Saya sedang mencari motivasi kerana hati ini sungguh kosong.. sehingga saya tidak jumpa jalan keluar.. buntu sebuntu2nya.. memaksa diri menyukai  apa yang dibenci bukan mudah.. mencari redha dan keihlasan hati itu sukar..  saya sedang berusaha tapi saya seperti semakin gagal.

Saya hilang identiti diri di sini,siapa yang kenal saya dulu mungkin perasan perubahan saya.. saya seorang yang hepi go lucky tetapi di sini saya terpaksa menjadi pendiam sehingga saya alami kemurungan. saya tiada kawan2 yang menyokong.. saya tiada kawan2 yang boleh berkongsi suka duka.. kawan2 yang boleh pinjamkan bahu untuk saya sandarkan di saat saya hampir tumbang.. tiada kawan2 seperjuangan yang memahami.. saya takut dengan situasi tempat kerja, saya fobia dengan orang2 di sini.. saya bukan tidak biasa dengan orang2 yang hipokrit.. baik di depan tapi mengutuk di belakang.. tapi di sini saya keliru.. seperti tiada kawan yang boleh dipercayai.. sebagai orang baru di sini (tidak terlalu baru sebenarnya, sudah hampir 2 tahun) saya masih tidak dapat menyesuaikan diri.. padahal sebelum ini saya bukan tidak pernah keluar dari
Terengganu.. 5 tahun saya belajar di negeri orang.. tapi kerana sikap saya yang hepi go lucky saya mudah medapat kawan..

Apakah senario sudah berbeza setelah umur semakin meningkat? Perangai orang2 sekeliling turut berubah? sungguh saya tak suka berada di sini.. kehidupan dan cara ini buat saya jadi lemah dan hilang semangat. saya rasa saya paranoid sehingga saya takut untuk datang bekerja.. saya rasa tiada mood untuk buat apa saje..
Saya rasa nak berhenti kerja, tapi disebabkan saya ada hutang dengan perbendaharaan kerana beli rumah, maka saya tak boleh sewenang2nya berhenti kerja sebelum hutang dilangsaikan. mana nak cekai RM120 ribu dalam masa yang terdekat? saya nak cuti tanpa gaji setahun tapi saya difahamkan sepanjang perkhidmatan hanya dibenarkan cuma 360 hari.. kalau akan datang in case ape2 macammana?

saya nak tukar ke Terengganu tidak dibenarkan suami. saya nak bertukar tempat kerja tapi saya rasa senarionya tetap sama selagi saya bukan di Terengganu.. kerana di mana2 ada kawan, tapi untuk mencari sahabat bukan senang.. jika di Terengganu ada keluarga yang boleh sandarkan suka dan duka dan harapan.

Saya merancang untuk hamil dan cuti selama 5 tahun terus.. mungkin itu cara yang terbaik.. sebab dibenarkan dalam perkhidmatan penjawat awam mengambil cuti tanpa gaji maksimum 5 tahun untuk jaga anak.. dengan syarat cuti diambil selepas melahirkan anak..  harap suami membenarkan cara ini walaupun saya masih belum bersedia untuk menambah bilangan ahli keluarga.

Bagaimana pandangan kawan2? semoga kawan2 sudi bagi cadangan..
Terima kasih


glitter-graphics.com

5 comments:

  1. Slm saleha..sbg kawan di alam maya saya bersimpati dgn apa yg belaku. Mgkin masalah kita ada sedikit persamaan. Tp saya nak share sedikit pengalaman..saya rasa utk bhenti kerja bukan satu keputusan yg mudah. Lari dari masalah atau cuba mgelak dari myelesaikan masalah pun bukan cara yg baik. Harap saleha byk bersabar dan pikir dgn semasak2 nyer..semoga ada jalannya..insyallah..

    ReplyDelete
  2. sy pun memang selalu jugak down dgn probs yg dihadapi..cubela baca buku2 motivation..moga2 dapat kekuatan....byk2 mohon pada ALLAH...

    ReplyDelete
  3. setiap masalah ade penyelesaian..sabau ye temanku..

    ReplyDelete
  4. Salam puan, saya dh follow blog ni dh lama, cuma jadi silent reader je... baru baru ni bila terdengar rintihan dari puan mengenai masalah puan, saya tergerak nak memberi ulasan mungkin dapat membantu sedikit walau tak banyak....saya tak pasti apa masalah sebenar yang dihadapi, sama ada masaalah dgn suami atau masalah tak dapat berjauhan dgn keluarga atau keduanya sekali, tapi apa yang pasti, setelah berkahwin seorang isteri mesti lah ikut suami walau dimana dia berada.... buat masa sekarang awak tinggal dgn suami, ada anak dan ada kerja.. satu rahmat yang Allah beri tak semua orang merasainya....
    saya dah berkahwin hampir setahun, masih tinggal berasingan dgn suami, saya menghadapi masalah untuk bertukar tempat kerja (swasta), suami pun begitu, saya juga perlu menjaga emak saya dan adik saya yang masih bersekolah (setelah kematian bapa 2 tahun lalu), ibu saya tak boleh drive, maka segala keperluan menghantar emak atau adik saya, pergi ke pasar, beli barang, saya yang kena uruskan... begitu juga suami saya, dia terpaksa menjaga emak mentua saya, sebab dia yang tinggal dgn emak mentua, adik beradik lain semua tinggal jauh... jadi kami berdua tak dpat nak berpindah ke negeri masing2 (saya di kedah suami di perak) walaupun kami boleh bertukar kerja dan mulakan kerja dari bawah, tapi memikirkan urusan keluarga kami memilih tinggal berasingan buat sementara, sekurangnya sementara adik saya habis sekolah dalam 3 tahun lagi... percayalah puan bertuah dapat tinggal sebumbung dgn suami, kalau tak dapat biasakan diri ditempat asing, cuba berbincang degn suami atau cuba cari kawan2 terdekat (jiran atau di tempat kerja ) yang dapat kita luahkan masalah. Bina hidup kita ditempat yang walaupun kita rasa asing, inysyallah, Allah bersama kita.. kita tak sendirian, selalu lah merintih kepada Nya, Allah tak akan menguji sesuatu diluar kemampuan kita...
    Saya kadang2 merasa cemburu melihat pasangan suami isteri dapat pergi lunch bersama, shopping bersama, tapi saya selalu buat perkara bersendirian. Oleh itu saya cuba cari hobi atau buat perkara yang saya suka untuk menghiburkan hati. Tak lupa, bila kita sendirian, teman yang paling baik ialah Allah, dialah tempat kita mengadu….
    Saya berharap puan dapat berfikir semula tentang hasrat puan nak berhenti kerja, zaman sekarang bukan mudah nak cari kerja, ramai yang menganggur apa lagi puan berkerja di sector kerajaan. Tambahan pula bila kita tak tau apa akan berlaku dimasa hadapan, sekurang2 dgn kerja dapat menjamin nasib kita dan anak anak apabila berlaku sesuatu..
    Tentang suami puan yang tak betah dgn keluarga puan, cuba jelaskan bahwa keluarga mentua ibarat keluarga sendiri. Perkara pertama puan perlu yakin kan dia ialah, puan sendir harus mengaggap keluarga mentua tu mcm keluarga sendiri, layan mereka seperti keluarga kita, mugkin suami akan sedar yang dia juga perlu memberi layanan yang sama kepada keluarga puan..
    Harap puan dapat bersabar dan semoga Allah dapat menunjukkan petunjuk dan hidayah apa yang baik utk puan sekeluarga…

    ReplyDelete
  5. sabar yer saleha..insyaAllah ada jalannya nanti..

    ReplyDelete