Wednesday, August 8, 2012

Taufan di bulan puasa

Harini pasal tak puasa jadi kurang sabar sikit, padahal memang sayani jenis panas baran pun.. tapi tengah berlatih nak jadi penyabar jugaklah.. tapi sebab dah tak tahan sangat makan terhangin jugaklah

Kesahnya, seminggu yang lepas saya nak tukar perabot.. dah ada duit lebih sikit dan sofa yang adatupun dah 5 taun pakai, naek jemu dah.. pastu rasanya riwayat hidupnya pun macam dah tak berapa nak panjang dahpun.. jadi ingat nak sedekahkan je kat bilik komubiti kuartersni selagi hayatnya dikandung badan.. kalau terus duk kat rumahtu takut pendek umurnya pasal diligang dan dilompat ngan budak2 hari2 boleh k.o awallah nanti (sebenarnya politikje semuatu, padahal alasan nak tukar sofa baru) hihi

Jadi aritu pergilah ke kedai perabotni, saya ni bermasalah sikit, saya mudah sangat jatuh hati.. kalau masuk kedai pertama dah terbekenan maka susah nak menolak lagi..cinta pandang pertama kata orang.. susah sikitlah nak lupa.. kalau masuk kedai lainpun masih teringat lagi yang lama.. maka sayapun tanpa fikir panjang confirmkan aje nak yang itu.. pastu bila duk melilau2 lagi dan kira masih ada bajet lagi maka terbekenan pulak dengan divider/ partion.. saya ingat nak pilih yangsediaada tp salesman cakap yang itu mahal sikit harganya berbanding kalau tempah.. jenis sayani plak kalau saya nak, saya nak cepat.. tak boleh tunggu2.. tp beria plak salesmantu pujuk dan tunjuk gambar2 divider lain yang lebih cun dan nampak kllass tp harga lebih murah kalau ditempah.. sayani plak cepat cair dan rasakesian juga agak mendalam.. yelah kesian tgk si bangla tu beria tunjuk semua gambar, sesi pujuk rayu akhirnya i lemah u.. oh bukan lemah di dakapan si bangla tu, tak kuasa i, ketiak hangit.. (opps tak puasa, boleh kutuk2 sikitlah.. ) dan akhirnya saya decide tempah jugaklah pasal dia janji cuma semingguje

Tapi disebabkan perangai saya ni yang kalau nak, nak tikatu jugak.. nak kene tunggu seminggu rasa macam cacing kepanasan, 3 hari sebelum tarikh dilevery, saya asik  call kalau boleh nak suh siapkan cepat2, tapi tak penahnya diendhakan si banglatu..kerjanya hanya dapatkan nombor invois pastu janji nak call balik tak call2.. sampai tarikh waktu yang dijanjikan saya dah mai angin monsun bila cakap barang masih takde.. janji keesokkannya mesti ada. esoknya dah call balik masih takde saya dah mula taufan lah ni.. kang nak pi serang kedai.. tak sabar sangat dah wei.. nak menunggu 7 haritupun rasa macam parkinson nak suh tunggu 3 hari lagi.. macam orang kene potong stim camna.. macamtulah i rasa.. dah tak rasa nak dah pun.. nak gi canceljelah nanti.. eeeeeeee lepasni serik dah kalau nak beli yang kene order2 ni.




4 comments:

  1. diorang tue nak komisen lebih kot.. tue yang pujuk beli yang oder punya.. tapi biasalah ayat nanti kami check tue.. benda camnie kena pergi balik kedainya, kalau tak sampai ke raya tak dapat..

    ReplyDelete
  2. ishhh kesiannyaaaaa bykkan bersabar ye

    ReplyDelete