Thursday, August 2, 2012

Sejauh mana drama/filem/ novel mempengaruhi hidup anda

Saya tidak pasti orang lain, tapi banyak kesah hidup saya seperti terpengaruh dengan drama/filem/novel.. Agak bodoh dan sedikit lucu sebenarnya, tapi itulah saya.. saya suka mencaturkan kesah hidup saya seperti sebuah drama, filem atau novel.. mungkin juga saya kuat berangan dan berimaginasi.. Jadi padanlah saya dilahirkan di sebuah kampung yang bernama Pengkalan Berangan.. hahaha sekadar kebetulan.

Sebenarnya saya ini agak sentimental.. walaupun kawan2 yang pernah mengenali saya dulu melihat saya sebagai seorang hepi go lucky.. ya saya suka menghiburkan orang.. tetapi sejak akhir2 ini, saya seperti hilang identiti diri.  mungkin juga usia bertambah dan senario sudah berubah.. saya tidak mampu menjadi seperti dulu lagi.. mungkin saya tiada kawan2 yang satu kepala di sini.

Berbalik kepada kisah saya yang dipengaruhi drama.filem.novel.. saya selalu ditimpa rasa kecewa kerana tindakan bodoh saya.. walaupun selalu terkena tapi saya seperti tidak serik, atau mungkin juga memang sudah percaturan olehNya begitu.

Yang paling selalu sangat bila saya terlalu mengharapkan kehidupan saya bahagia, dikelilingi orang2 yang menyayangi dan mengasihi saya. kalau kehidupan suami isteri, saya impikan suami yang romantis dan mertua yang mengambil berat seperti kesah2 nan indah yang tertulis di sebuah novel. Dulu di awal perkahwinan saya selalu kecewa dan kecik hati / merajuk kerana tidak seperti yang saya harapkan.. terkadang timbul rasa menyesal kerana terburu2 mengambil keputusan untuk berkahwin... di sinilah kadang2 tindakan saya cenderung seperti dalam sketsa.. merajuk lari balik rumah mak, berharap suami memujuk..  dan ada kala apabila terlampau kecewa, saya nekad untuk membubarkan perkahwinan saya kerana saya sudah meng'creat' jalan cerita saya seperti  sebuah sketsa yang penghujungnya ada bahagia untuk saya.. . tapi itu dulu,  setelah usia mendewakansaya kini saya pasrah dan redha mungkin jodoh inilah yang terbaik bagi saya.. kerana saya percaya Allah telah menetapkan percaturan yang terbaik bagi hambanya. Sekurang2nya saya telah dikuria seorang suami yang sangat sabar dngan karenah kebudak2an saya.. Saya mula belajar meneerima seadanya.. setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan masing2..

Semasa di Universiti dulu, saya mempunyai kawan baik lelaki. hubungan yang rapat itu lama kelamaan timbul bibit cinta, tapi mungkin hanya di pihak saya. Namun yang peliknya, jika ada lelaki lain yang mendekati saya, si dia nampak cemburu dan kecewa. Di pihak saya pula sudah tentulah ada rasa cemburu jika dia rapat dengan mana2 perempuan lain. Tapi keadaan kami seperti main tarik tali. Suatu hari, saya mendapat tau dia rapat dengan seseorang, tapi janda, saya ada tanyakan dia apa hubungan dorang tapi dia cakap sekadar kawan kerana dia satu kepala.. saya cemburu dan sedih, akhirnya nekad, saya memberanikan diri  memberitahu perasaan saya terhadapnya, (tindakan saya ini kerana terpengaruh dengan drama/ filem dan novel juga).. tapi saya tidak pasti kerana ego atau sebab dia masih belum bersedia (dulu masing2 pernah berjanji tak mahu becinta selepas tamat pengajian), jadi jawapan yang diterima agak mengecewakan saya.. katanya ' Dia belum bersedia, tapi kalau ada jodoh dia akan berkahwin juga suatu hari nanti samada dengan saya atau orang lain..saya baik dan dia tak layak untuk orang yang baik macam saya' .

Saya sangat kecewa.. dan malu juga.. tapi saya tidak pasti ini  memang suratan takdir saya, atau tindakan yang saya ambil selepas itu kerana terpengaruh dengan filem 'KUCH KUCH HOTA HAI' kerana peristiwa itu, saya nekad berhenti uni walaupun saya hanya ada setahun lagi untuk tamat pengajian.. membawa hati nan luka. bezanya dalam cerita itu, Anjali naek keretapi tapi saya naek bas.. hahaha.. dan tiada adegan saya lempar selendang pada Tina dan Hero tak kejar saya..  sebab hero tau saya ambik keputusan nak berhenti, (tapi alasan saya khabarkan pada family, dia dan org laen, kerana saya dah tak mampu habiskan pengajian kerana kebetulan memang saya ada masalah dengan plan pengajian saya selepas saya bertukar course dan menjalani operation)..
Sehari sebelum saya pergi kami keluar bersama  mungkin buat kali terakhir, saat yang paling saya tak boleh lupa apabila kami berlari kejar bas bersama kerana waktu tu masing2 melayan perasaan sampai tak sedar terlepas bas.
Walaupun hati saya telah nekad namun saya berharap dia masih memujuk saya kali terakhir,namun saya kecewa. sewaktu kami berpisah, kami sama2 berpaling dan memanggil nama masing2 tapi masing2 terkelu.. dan akhirnya kami berlalu pergi dgn rasa hati masing2.. saya berhenti melangkah seketika dan berpaling ke belakang, saya kira sampai lima dan dalam hati berkata, kalau dia berpaling dia memang jodoh saya.. dan akhirnya ya, dia memang berpaling..

Dek kerana itu, setelah saya pergi meninggalkanpun saya masih tidak mampu melupainya kerana saya seperti meyakini dia memang ditakdirkan untuk saya.. apalagi bila mengenangkan terlalu banyak persamaan dan kebetulan. setiap kali saya keluar berdua, mesti warna baju kami sama walaupun kami tidak pernah merancang. muka kami orang cakap ada iras.. Ah semua itu ............

Tapi perancangan Allah tiada siapa yang boleh menduga.. sekuat manapun keyakinan saya jika tidak diizinkanNya, tetap tidak menjadi. Akhirnya jodoh saya bukan dengan dia.

Memang orang akan cakap saya sangat bodoh, ya saya tak marah jauhlagi melatah sebab saya tahu memang  layak dikata begitupun. Namun kerana usia saya tika itu ditambah dengan kelemahan hati maka saya bertindak begitu. saya menyesal tapi saya juga redha kerana saya percaya semuanya adalah Kehendak Allah.

Saya juga tidak pasti, saya terpengaruh dengan drama ataupun memang cerita2 dalam drama itu berkisar tentang kehidupan yang benar.. dan kebetulan sama dalam hidup saya..


* motif cerita ini sebab saya dah lama lupakan dia tapi dia muncul dalam mimpi saya semalam maka teringat kenangan zaman kebodohan saya ini*

7 comments:

  1. kenangan lama yang menjelma kembali :)

    ReplyDelete
  2. KA tgk mana yg sempat je, so x lah mempengaruhi sgt hehe

    ReplyDelete
  3. memang kadang2 kenangan2 lalu akan terimbas kembali...cerita2 yg telah terkubur menjadi kenangan...
    emmmmm salah satu sb malas nk layan novel atau drama2 yg buat ingin berangan sebegitu he he

    ReplyDelete
  4. salam kenal,

    erm kekadang cerita ke drama ker memang ada yang macam same jerk ngan kehidupan kita kan.. so pepandailah kita nak tafsir camner n fikir mana baik buruk nak dijadikan pengajaran kan..

    ReplyDelete
  5. wah..kenangan lama nihhh..hehe

    http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/bila-sedara-ultraman-datang-sekolah-saya.html


    http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/bakal-menjadi-isteri-keduakah.html

    ReplyDelete
  6. jauh mempengaruhinya kak.
    haaaaa...
    leeza selalunya kalau tgk drama, baca novel, leeza suka letakkan diri leeza dlm tu.....

    ReplyDelete