Friday, August 3, 2012

Alhamdulillah dah selesai urusan jual beli itu


Alhamdulillah, urusan jual beli rumah telah selesai. Yeaaaaaay dah ada rumah sendiri (walaupun hutang .. ngee :)) ..  Rumah kedua ku..  takdak gamba plak.. terdelete..

Rumah pertama kongsi ngan suami, saya bayar pendahuluan dengan personal loan,(sebab waktu itu saya belum sah jawatan maka saya tidak dapat buat pinjaman kerajaan), maka suami buat pinjaman kerajaan selebihnya.. dan sebab pinjaman suami maka rumahtu dinamakan atas nama suami, disebabkan tu, sesekali wujud rasa tak puas hati, resah gelisah.. apalagi saya ada dengar pasal hukum fara'id yang yang memberatkan sebelah pihak lelaki.. disebabkan kedua2 anak saya perempuan, jadi saya rasa bimbang.. hah bunyinya macam saya berkira kan? memangpun.. sebab saya mendahulukan duit saya..  saya tidak kisah jika ia sepenuhnya milik suami saya dan jadi harta pusaka maka saya perlu membahagikan kepada adik beradik suami saya. tapi saya berkira kerana sebahagiannya duit saya dan saya ingin bagikan kepada yang selayaknya..

Saya selalu terfikirkan ini.. memang saya paranoid.. ya saya jadi begitu kerana saya fikirkan hak saya dan anak2 saya. sehinggalah saya cadangkan suami tukarkan nama rumah itu kepada nama saya dan saya sambung bayar.. tetapi disebabkan prosedur tertentu, pinjaman masih belum habis dijelaskan, maka tidak dapat berbuat demikian.

Sebab itulah saya bercadang beli rumah kedua ini. semuanya demi anak. Tapi Alhamdulillah dalam masa yang  sama suami bersetuju hibahkan rumah pertama kepada saya.. Hibah maksudnya hadiah.. means suami 'konon'nya hadiahkan saya rumah tersebut, sekiranya berlaku kematian secara automatik rumah tersebut jadi hak  milik saya dan tidak lagi dikira dalam hukum fara'id sebab bukan jadi harta pusaka suami lagi. Jika buat wasiat, masih boleh dipertikaikan oleh pihak luar (keluarga suami) kerana jika tidak mendapat persetujuan waris maka boleh dipinda kerana masih jadi harta pusaka. Orang mungkin fikir saya tamak, tapi saya berkira kerana saya ada sebab2 peribadi tersendiri kenapa saya kedekut untuk kongsikan bersama mereka. kenapa 'konon'nya? memang hibah itu hadiah.. tapi dalam kes saya sebab saya taknak suami rasa macam saya terlalu berkira dengan dia dan rasa seperti dia teraniaya maka saya minta dia hibahkan pada saya tapi hakikatnya saya bayar bulanan.. seperti saya sambung bayar jugalah.. cuma saya ganti balik duit suami yang dipotong di slip gaji.

Biar orang nak cakap apa, asal hati saya tenang,, Dan harap2 kedua2 rumah ini dapat saya wariskan pada anak2 saya.  5 tahun akan datang saya akan hibahkan pada anak2 saya pula sekiranya masih tidak mendapat anak lelaki dan tiada perancangan untuk jual semula rumah tersebut.  Harap2 saya masih panjang umur ;agi 5 tahun akan datang :).. Sekarang kedua2 rumah tersebut disewakan kerana  saya suami isteri bekerja di Putrajaya.. Kedua2 rumah itu di Terengganu.. Sayang memang sayang juga nak sewakan rumah pada orang takut orang tak jaga dengan baik, tapi dari dibiarkan kosong, eloklah disewakan.. at least masyukkk gak.. Harap2 saya mendapat penyewa yang jujur dan amanah..

11 comments:

  1. waaaaaa...best tu ada rumah lagi..hehe

    http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/ending-deejavu-yang-tetiba-diubah.html

    ReplyDelete
  2. betul tu kak. saya setuju. kita ni perempuan kan. memang kena buat persediaan sbb kita tak tahu hari akan datang. elok la sediakan payung sebelum hujan. =)

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan kak Saleha,
    Tahniah dah dapat rumah baru. moga mendapat penyewa yg baik.

    Bab faraidh, kak jangan risau... sebab bahagian kak ada, bahagian anak-anak ada...tak kira anak lelaki atau perempuan. sikit banyak pun pasti ada,kak... Lgpun rumah kak dan suami dah jadi harta sepencarian...

    ReplyDelete
  4. kak,
    Terdapat 5 orang waris di dalam sistem pusaka Islam yang tidak dihalangi oleh (kira waris utama) sesiapapun di dalam pembahagian harta pusaka si mati, iaitu:-
    i. Suami/ Isteri
    ii. Bapa
    iii.Ibu
    iv Anak Perempuan dan anak lelaki

    info lain ada kat sini kak: http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/calculator/sifarbm.nsf/Attachment/$File/Sistem%20Pesaka%20Islam%20Portal.pdf

    maafkan saya jika ada kekhilafan. selamat berpuasa, kak.

    ReplyDelete
  5. tahniah kak... saya tak sabar nk beli rumah sendiri.

    ReplyDelete
  6. Kakcik hanya ada sebuah rumah yang dibeli secara berkongsi dengan suami. Anak kakcik pula keempat2nya lelaki. Kakcik tidak arif dengan hukum, jadi kakcik tak pandai hendak mengatakan apa2 tentang harta pusaka. Sebaiknya rujuklah kepada mereka yang lebih arif agar segalanya tidak jadi pertikaian bila kita tiada lagi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aritu saya ada dengar taklimat tentang pembahagian harta pusaka ni.. dari pemahaman saya, hak adik beradik lelaki suami lebih banyak mendapat harta pusaka daripada anak perempuan suami. mungkin saya salah faham tapi saya dah bertanya banyak orang jugak.

      Delete
  7. ya betul tu :)

    sebab tu sekarang banyak terjadi kes, baru nikah 2,3 bulan suami meninggal.kebetulan pulak si suami ada rumah.adik beradik sebelah suami berebut nk kan rumah itu..maka siisteri ni terpaksa beralah walaupon itu haknya.. bg saya itu bukan tamak tp kita berjaga2 dari segala kemungkinan..yang penting hak anak2 kan..(pengalaman sepupu yg uruskan kes sebegini)

    ReplyDelete
  8. maksud saya tadi suaminya tak tukar nama

    ReplyDelete