Monday, July 23, 2012

Banyak sangatkah dosa besar aku??

Harini dah tiga hari berpuasa tapi aku masih tak berpeluang.. sedih sangat. excited  nak menyambut puasa bertukar hiba dan kecewa.. kenapa selalu sangat macamni?

Tiap kali nak berpuasa,. haid yang biasa 7 hari jadi lebih panjang kadang2 melebihi 15 hari.  Kadag2 datang 2 kali sebulan. Nak kata darah penyakit (istihadah ke maknanya tu) tapi darah, bau dan warna serta simpton kesakitan sama macam ketika haid.

Terkadang aku mai terfikir gak, kenapa aku di duga macamni, banyak sangatkah dosa besar aku? sehingga aku rasa macam aku tak layak nak buat baik. tak layak mendapat peluang menikmati kelebihan  dan kenikmatan di bulan ini.

Dah banyak sangat kene macamn.  :(

Ampunilah dosa2ku Ya Allah, berilah peluang kepadaku menikmati kelebihan yang ada di bulan mulia ini..Sesungguhnya aku insan hina, biarlah ku basuh diri dengan melipatgandakan amal ibadah terhadapMu Ya Allah.. Sesungguhnya ku tak layak ke SyurgaMu tapi aku tidak pula mampu menahan siksa NerakaMU. oleh itu, ampunilah aku Ya Allah.




6 comments:

  1. ishh jgn pk camtu dear, keja Allah kita taktau. tak kira laa u dpt posa kejap ke apa ke, as long as hari yg boleh posa tu if possible banyakkan amalan. biar laa posa a few days tp stok amalan berlebih kan, daripada org yg posa sebulan tp setakat tahan lapar & dahaga semata mata. Lg pun bukannya sengaja tanak posa, tp dah tak boleh nak buat camna...

    ReplyDelete
  2. betul jugak cakap akak tu.. t.kasih ye kak

    ReplyDelete
  3. Salam kak saleha,
    Kita tidak bersendirian.. wanita mmg mudah mengalami masalah begini.
    Tahun lepas pun awal puasa pun saya dah uzur. Alhamdulillah tahun ni tidak.
    Cubalah beli buku-buku ini kak, saya ada tulis kat post : http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/2012/07/badan-sihat-otak-cerdas-tetapi-kadang.html.
    Ada gambar dan info. Buku-buku ini sedikit sebanyak meningkatkan keyakinan saya dalam masalah begini...

    ReplyDelete
  4. mungkin ada hikmahnye...org period pun boleh beramal jugak kan di bulan pose ni?darah istihadah kalau lebih 15 hari...salam kenal saleha =)

    ReplyDelete
  5. Saleha..redhakanlah hati sebbab semuanya kuasa Allah..mesti ada hikmahnya..kita masih boleh berzikir..memberi makan pada orang yang berpuasa..Allah itu maha adil dan penyayang!!

    ReplyDelete
  6. semua tu ada hikmah.. jgn cakap camtu yer.. mg hariu2 yg blh pose tu, leha dapat jalani ibadat sebaik yg mgkin :-)

    ReplyDelete