Sunday, July 22, 2012

Resipi Makanan untuk bayi

Saya copy resepi ini daripada hannakids.blogspot.com dan dari sumber page perbincangan lain untuk rujukan saya akan datang dan mungkin boleh dikongsikan untuk ibu2 kat luar sana jugak. 
Ralat sungguh saya untuk dua anak yang terdahulu saya banyak bagi bubur nasi segera dan berserah pada pengasuhje yang sediakan. Mungkin sebab itu jugak anak2 saya semua underweight. tak suka makan nasik dan lebih berminat makan makanan ringan dan susu sahaja. kalau diizinkan Tuhan saya mengandung lagi, saya harap saya tak mengulangi kesilapan yang sama.

Resipi masakan kentang
Kentang saiz kecil 1 biji
Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.
Cara membuatnya
Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.
Bubur Oat, Ikan dan Saderi

Bubur NasiBahan-bahan
Rebuskan beras (masak bubur nasi)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air

Cara membuatnya
Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
Hidangkan.

Resipi Kentang, Lobak dan Pis Bersusu
Bahan-bahannya
1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku1/
2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk. Masak api kecil sehingga empuk.Setelah empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.Masukkan susu, kacau.Hidangkan.Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.


Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam
Sebenarnya bahan ni nak masak untuk orang dewasa... alang-alang, buat la untuk baby . Masakan ni sesuai untuk baby umur 8 bulan ke atas...
Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)
1 sudu nasi
1/4 keping tauhu
1/4 keping dada ayam - potong dadu
3 hiris lobak merah
3 kuntum kecil brokoli
Cara-caranya
Kukus semua bahan.. *
Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.. ops.. yang baby mahu.... *Saya kukus senang aje... masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat je la...

Bubur Nasi dan Kurma
Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang bijinya
Caranya...
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan


Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak
Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang baru dimasak
Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
1 ulas bawang putih
1 sudu lobak merah yang telah didadu
1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
1 cawan airMasuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.
Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.Kisar halus atau terus hidangkan.

Sup Kobis Bunga dan Kentang
Bayi 8 bulan ke atas.
1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.
5 cawan air
Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak api besar.Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk. Masak lagi selama 20 minit.Kisar halus. Hidangkan. 

Brokoli Bakar. Brokoli dibasuh dan dipotong kecil. Panaskan oven 190 C. Kupas dan cincang bawang. Rebus brokoli, 5 minit sehingga lembut, toskan air, ketepikan. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan tomato. Masak selama 10 minit. Masukkan brokoli. Tutup api.

Masukkan nasi, brokoli dan tomato dalam bekas pembakar. Pukul telur, susu dan separuh daripada keju yang telah diparut untuk dijadikan sos. Tuangkan sos tadi ke atas campuran nasi dalam bekas pembakar tadi. Taburkan baki keju cheddar tadi ke atas campuran nasi. Bakar 40 minit atau sehingga perang.

1. masak bubur guna beras perang (kurang karbo, tinggi serat, kurang kandungan gula dan lebih mengenyangkan)kalau nk senang, kisar beras sebelum di masak utk percepatkan masak bubur 
2. tambahkan sedikit madu (ia lebih baik dari gula) 
3. berilah sedikit madu sebelum dia memulakan sebarang makanan di waktu pagi (mudah lawas) 4. tambahkan carot & saderi (tambah vitamin & tinggi serat) biasanya saya akan masak bubur di waktu pagi utk di hantar kepada pengasuh. simpan sedikit utk di makan waktu ptg (pastikan dipanaskan semula) selamat mencuba


1- Kurma+apple@strawberry@pear 2- sesudu nasi+carrot+brokoli(dikisar dgn sup) 3- Isi ikan+sup nasi+sawi+carrot 4- Kentang@keledek+susu 5- Pisang+biskut baby+susu 6- Nestum + Kurma 

Ini resipi Hanna pulak.
Masakkan bubur nasi macam biasa dengan kentang atau carrot. Masukkan semuanya sekali. Ikan bilis pula digoreng dan ditumbuk. Masa nak bagi Najwan makan hidangkan bubur nasi, dan taburkan ikan bilis goreng yang ditumbuk tadi. Pasti menarik selera. Insya Allah.
Ibu semua boleh mencuba. Kalau ada resipi yang lain, bolehla kita berkongsi resipi (",) SELAMAT MENCUBA...


5 comments:

  1. sup kobis bunga dgn kentang tu penah buat.hikhik

    ReplyDelete
  2. mg resepi ini bermanafaat pd ibu2 yg masih ada anak kecil...mia dah besar,..dulu pun ada gak bg mia makan cam resepi tu...

    ReplyDelete
  3. resipi bayi ni memang menyelerakan, buat kita terliur,
    tq singgah rumah akak tadi.

    ReplyDelete
  4. seronok sediakan makan utk naak kecik kan. terinign sgt nak buat perkara yang sama. moga Allah memberikan kesempatan utk diri ni

    ReplyDelete
  5. resepi ni bkn setakat anak.. kalu ank xhbs, ibu blh tlg hbskan.. hihi

    ReplyDelete