Tuesday, October 2, 2012

Tak payah jumpa bomoh untuk selesaikan masalah, Dalam Al-Quran ada penawar

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh Surah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai belajar Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah Surah Toha ayat 1-5
Supaya Suami tak kawin lain Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil
Ayat pendinding Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah




1 minit untuk mengingat Allah

* Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN

* Langkah 2:

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan


===

formula baru or resepi>??/


NAK CUBAA......????? RESEPI BARU UTK KECANTIKAN DIRI
DAN KEBAHAGIAN UMAH TANGGA

1. Selepas solat Isyak
2. Ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali
3. Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
4. Tiup dalam air dan minum.
5. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan
rumahtangga kita.
Makna Surah
Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan
isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka
sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai
jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

===

.assalammualaikum.............saya suka amalkan surah at-taubah......ayat hafazan semasa sekolah dulu.....
mula2 saya tak tahu pun kelebihan ayat ni tp sejak saya amalkan surah ni utk cari kasut yg hilang.........alhamdulilah berkat usaha dan keyakinan kasut saya tu jumpa balik..........


ayat yg ke 128-129

===



[Image]


http://nuursyifa.blogspot.com/2009/08/ayat-128-129-surah-at-taubah.html




Terjemahannya:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."

Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah

1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.

2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.

4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.


Keutamaan Dua Ayat Akhir Daripada Surah Al-Baqarah 


Keterangan dan Petua Beramal

1. Perlindungan Daripada Segala Kejahatan

Abu Mas'ud al-Badri r.a. berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa membaca dua ayat daripada akhir surah al-Baqarah, maka cukuplah baginya (daripada hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat, sama dengan bersembahyang."
(Riwayat Bukhari & Muslim)

2. Dikabulkan Permintaan

Ibn Abbas r.a. bercerita bahawa pada suatu ketika Jibril berada di sisi Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam, tiba-tiba terdengar suara daripada atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata:

"Ini sebuah pintu di langit, pada hari ini dibuka, dan turun seorang malaikat, memberi salam dan berkata: Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah kepada-Mu dan belum pernah diberikan kepada seorang Nabi yang sebelum kamu, iaitu Fatihatul Kitab dan akhir surah al-Baqarah. Tiada engkau membaca satu huruf daripadanya, melainkan pasti permintaanmu diberi."


(Riwayat Muslim)

sumber: http://lifenstudy.blogspot.com/



12 comments:

  1. Pengisian ilmu di petang hari yg bagus.
    Yang penting, mestilah yakin dan tidak berputus asa dengan Allah..jgnlah anak degil tahap gaban tapi baca surah tu sekali jer dah harap perubahan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih info..suka utk ayat lembutkan hati tu..nak amalkan utk anak sendiri..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah....dpt ilmu baru harini...thanks for sharing.,.mmg kna amalkan ayat2 ni:-)

    ReplyDelete
  4. a'aa betoi tu.. dlm al quran dah ada segalanya...

    *dulu saya kerja swasta je.. tu yg sy xkisah sgt berhenti kerja... tapi nnati saya free,, saya buat entry yer... :-)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..

    Salam perkenalan :)

    Memang betul, banyak penawar di dalam Al-Quran..

    ReplyDelete
  6. wah..info baik ni..geng..u da ok banyak erk..ngee.suke tau..

    ReplyDelete
  7. huhuhu betul tuh! setuju. semua info neh sangat berguna. tambah yang tak payah pergi bomoh2 tuh!!!

    ReplyDelete
  8. betul dalam Al-Quran mmg ada segala penawarnya..tinggal kita jer nk mengamalkannya

    ReplyDelete
  9. yeah..doa2 tu lebih 'kuat' dari segala tok nek bomoh tu...

    ReplyDelete
  10. suka info tu...ada 2 3 kat situ yg ta gunakan..alhamdulillah..

    ReplyDelete