Friday, October 5, 2012

Bacalah surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat


Apa kata mulai sekarang, kita amalkan baca surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat or jika tidak berkesempatan nak baca boleh dengar online ke ?sambil2 duk godek blog dapat jugak pahala kan? insyaAllah mudahan-mudahan kita juga dapat manfaat daripada kelebihan daripada surah ini. 

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.  Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.  Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:

1.  Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAHterangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”  (HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya” (Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”. (HR Muslim 809)





15 comments:

  1. bagus diamalkan ni :) thanx sharing :)

    ReplyDelete
  2. Salam dear.. Jom join my segmen..:) Ni syarat-syarat dalam link ini.. http://www.aimisyahirah.com/2012/09/segmen-cik-misya-nak-follow.html

    ReplyDelete
  3. insyaallah...... terima kasih awak.

    ReplyDelete
  4. Sama2 jadi amalan kita semua...

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah akan cuba amalkan.. thanks ye

    ReplyDelete
  6. Apa khabar saleha?..dah 3 hari saleha tak bersiaran. Are u ok?

    ReplyDelete
  7. insyaALLAH...thanks for sharing

    ReplyDelete
  8. terima kasih share ilmu.. insyaallah..

    salam kenal,
    singgah n follow sini ya..:)

    ReplyDelete
  9. hi salam kenal, dari bloglist KA, done follow, hit me back ya..

    ReplyDelete
  10. Salam Mahamahu nak minta email detail nama dan alamat untuk penghantaran hadiah contest blog Mahamahu.com. Sila hanta kat email akustika83@gmail.com..

    ReplyDelete