Friday, September 14, 2012

Saya ingin berubah tapi ada sesuatu yang sangat menghalang

Dah lama saya rasa sangat terusik dan rasa cemburu melihat ketenangan sebahagian muslimah yang terpilih.. Dah lama juga saya rasa naaaaaaaak sangat seperti mereka itu.. sebenarnya saya tau itu adalah sebahagian hidayah Allah kepada saya.. tetapi untuk menerima saya rasa seperti belum bersedia.. kerana jauh di sudut hati ini ada rasa buruk sangka malahan rasa itu buat saya jadi menyampah dan ingin mewujudkan sengketa.

Saya seringkali berperang dengan perasaan.. seringkali keliru dengan konflik dalam diri. Setiap kali melihat  muslimah berpakaian lengkap menutup aurat saya rasa sangat terusik, saya rasa sangat mendamaikan sehingga saya rasa ingin juga seperti itu, tetapi saya seringkali kalah dengan perasaan yang mencekam.. kerana ramai perempuan yang berpakaian jubah berpurdah buruk rupa, bukan buruk wajah tp buruk kata.. sehingga rasa hormat hilang malah timbul rasa buruk sangka . sekaligus menimbulkan konflik dalam diri dan kadangkala saya sering bermonolog sendiri.. AGHH kalau nak berubah tak perlulah  sampai berjubah, kalau berhijrah tidak perlu sampai berpurdah. tetapi hijrah dengan mendidik hati kembali kepada fitrah.

Tetapi ada sahabat berpendapat, pakaian yang elok boleh menjadi 'cover' hati. menjadi satu cara mendidik hati. tetapi ramai yang saya jumpa perempuan begini termasuklah biras saya suka bercakap bangga dan besar diri.buat saya rasa meluat dan menjadi buruk sangka kepada orang2 yang begini.

Saya harus faham kembali kepada fitrah, bermakna saya perlu ikut hukum yang ditentukan oleh sang Pencipta terutamanya soal penjagaan aurat.. Saya ingin berubah tapi saya mohon Allah bantu saya dalam mendidik hati supaya saya tak rasa iman penuh didada bila berbicara, saya tak berasa ilmu penuh didada sehingga saya rasa terdorong untuk bercakap besar dan membangga diri. kerana saya tidak mahu kerana mulut saya orang berpandangan sinis pada hukum agama.

Saya tidak perlu berjurbah dan tidak perlu berpurdah tetapi saya ingin berubah untuk menutup aurat dengan sempurna..

ermm mungkin banyak pengorbanan yang perlu saya buat.. semoga pengorbanan ini berbaloi demi mendapat keredhaanMu Ya Allah,

Apa saya nak buat ye dengan baju2 yang membalut tubuh sebelumni? beli dengan harga yang mahal nak dibuang sayang, nak disedekahkan takut menjadi penyumbang dosa pula kepada orang lain >__<

oh saya menulis tentang ini, bukan untuk berlagak menjadi ustazah tetapi sekadar berkongsi rasa hati yang sedang ingin menggapai hidayah yang menggamit.



6 comments:

  1. seronok dengar, saya pun dalam dilema sbb somi minta saya berhijrah ke bertudung labuh tapi tu le hati masih lagi ragu2 .. semoga kita mendapat hidayah ..

    ReplyDelete
  2. betul tu kena buat secara perlahan2, moga dipermudahkan semua yer

    ReplyDelete
  3. Manusia mana yg pernah puas hati sesama manusia lain sis..ini fitrah kelalaian kita...Islam itu Indah dan mudah...kita semua masih didlam proses dari yg baik menuju kepada yg lebih baik..dlam proses utk menjadi baik..jgn lupa syiatan yg telah berjanji akan menyesatkan kita..pelbagai cabaran dan rintangan kan...InsyaAllah...Allah akn permudahkan usaha kita selagi kita tidak putus asa...

    ReplyDelete
  4. Baju-baju tu mesti cantik kan. Pakai kat rumah depan suami. InsyaAllah, semoga dapat pahala berhias diri untuk suami :)

    ReplyDelete