Thursday, September 27, 2012

CARA YANG TERBAIK UNTUK NASIHATI ORANG YANG MENGALAMI STRESS, ANZIETI DAN KEMURUNGAN

Apa itu Stres, Anzeiti dan Kemurungan boleh google sendiri.  Sebagai orang yang pernah mengalami kesemuanya itu dalam tahap kronik, saya sudah muak dengar perasaan sabar.. tetapi nak tak nak hanya itulah yang paling wajib di buat. Apa yang saya nak kongsikan di sini, orang sekeliling sebenarnya yg berperanan untuk membantu atau lebih menjerumuskan mereka untuk ke arah yang lebih teruk. 

Sebenarnya orang yang mengalami masalah sebegini mengaharapkan sokongan dan kasih sayang. Jangan dipinggirkan, jangan diperlekekkan dan yang paling perlu dielakkan jangan sesekali menyalahkan pesakit tersebut. Orang boleh cakap 'alah kau yang ikutkan sangat perasaan'.  tetapi orang yang mengalaminya baru faham. kadang kita tak terfikirpun tetapi tetiba rasa takut itu datang dengan sendirinya. tetiba badan rasa menggeletar dan dada rasa berdebar sampai nak pecah dan rasa nak pitam. keadaan huru hara lagi menambahkan tekanan dan gangguan emosi. perasaan rendah diri itu sangat menebal.. apabila ada orang kondem tidak mustahil dia rasa mcm hidup sudah tidak berguna lagi. yang dia mahukan hanya orang faham dan bimbing dia. Jika diberi pelukan dia rasa sangat selamat. Kata2 negatif mohon dijauhkan darinya. 

Semua ini terjadi kerana terlalu lama sangat memendam rasa.. apabila diluahkanpun tiada penyelesaian dan balik2 orang akan salahkan diri dia juga. Betullah kita perlu mengadu pada Allah tetapi kita tidak terus diberi rasa ketenangan, Bukan bermakna Allah tidak mendenganr rintihan tetapi doa tidak semestinya terus dimakbulkan. selama tika itulah dia sangat memerlukan orang sekeliling memberi perhatian sekurang2nya memberikan dia sebuah senyuman bukan cemuhan.

Sebab itu terkadang bila tidak terkawal emosi, si pesakit boleh buat perkara yang diluar dugaan , dan mungkin tidak tercapai dek akal. Ada sesetengah orang mungkin berniat untuk menasihati tetapi apabila terkadang menggambarkan seperti keadaan itu berpunca daripada salah si pesakit sendiri maka akan mengeruhkan lagi keadaan. Kerana nyata sekali dalam keadaan begitu, dia dalam keadaan yang rasa diri sudah tidak berguna. Selamilah hati, fahamlah apa yang menimpa dan letaklah diri anda seperti dalam situasi yang dialaminya.  Apa yang mereka mahu dengar adalah pengalaman orang yang mengalami nasib yang sama atau lebih buruk dan jalan penyelesaian yang diambil, itu yang sebenarnya memotivasikan mereka. 

wallahualam


4 comments:

  1. Eh..n3 kak zan tadi pun tentang kemurungan...n3 tu ringkas je..bacalah, mungkin boleh membantu.
    Semoga Allah sentiasa melindungi mu.

    ReplyDelete
  2. kebanyakan org x memahami bila dah kena baru faham kan

    ReplyDelete
  3. hmmmm.....
    perlu daya kefahaman yg tinggi bila menghadapi org spt ini.
    sabar juga dgn apa2 jua yg bakal diluahkan.

    ReplyDelete