Thursday, September 20, 2012

Aku ingin membeli syurga

Harga sebuah syurga dikupas disini betapa semua yang tertulis buat saya rasa mahu mengalah dan menarik diri sebelum membida.. kerana saya rasa rapuhnya hati ketika ini, kentalkah jiwa melakukan semuanya nanti.?

Namun mungkin ada sekelumit iman di dalam dada,  ada suara kecil yan membangkitkan hati untuk menyahut cabaran itu.. kerana saya sedar dunia ini semakin tua, dan saya sungguh maklum yang dunia ini sementara. Jika saya masih begini saya akan berterusan rugi.. di dunia ini saya tidak kaya jadi di sana alam yang kekal abadi saya tidak mahu berterusan jadi miskin.. jadi saya memilih biarpun saya terpaksa jatuh papa di dunia demi membeli saham di akhirat, maka saya harus bersiap sedia untuk redha demi  mendapatkan keredhaan yang maha Esa.

Pertama sekali saya harus berjuang menawan musuh yang paling terdekat, yang sentiasa melekat.. iaitu hati.. menjinakkan hati bukalah sesuatu yang mudah.. kerana di situ bermulanya konflik diri.. kerana hati yang kecil itu boleh membolak balikkan kehidupan dan pilihan.

Mendidik hati bukan perkara mudah,, Hati yang tidak ikhlas sedang dimiliki ketika ini, sukar sungguh untuk mengikhlaskan diri. semoga esok2 saya berjaya.. bukan esok, saya sebenarnya sedang berusaha dan berharap di ketika inipun saya sedang ikhlas. Saya cuba buang semua rasa ingin dipuji, rasa ingin dihargai oleh manusia sekeliling.. membuang rasa dan sifat mazmumah yang telah lama bersarang, melekat berkarat saya perlu kuat bermujahadah walaupun ketika menulis ini saya masih terbayangkan sakit hati, dan rasa kecewa terkilan bila mengenangkan kebaikan yang tidak dihargai dan diri seperti dibandingi.
Hanya satu sahaja yang boleh menjinakkan hati ini, saya perlu sedar yang saya ini hanyalah seorang hamba, yang tidak punya apa2..
semoga saya sentiasa istiqamah..

Saya ingin berubah kerana saya rasa saya tidak mampu membanggakan org2 yang menyayagi saya dengan harta berlipat ganda, dengan pangkat bertingkat2, tetapi saya sedang  berusaha 'membeli syurga' sebagai tempat penginapan kami di sana.




9 comments:

  1. semoga pencarian kamu dipermudahkan jalan nya,amin ~

    ReplyDelete
  2. terus bertabah yer..pasti ada ganjaran buat kamu..jika bukan didunia...diakhirat nnt pasti ada kan....Yakin dan Redha..segalanya kan punya hikmah yg tidak kelihatan....

    ReplyDelete
  3. Semua kita mengimpikan yg itu. Allah membuka seluas-luasanya bumi ini utk kita terus meneroka tapi batasan hukum-hakam diberi garis panduan. Andai berada di landasanNya insya-allah kita beroleh menggapai impian. Bersama kita berusaha mencari bekalan secukupnya selagi ada hayat.

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah kalau niat kita itu baik suci dipermudahkan semua

    ReplyDelete
  5. moga segalanya dipermudahkan...
    hmmmm.... moga kita semua dipermudahkan segala urusan.
    amin.

    ReplyDelete
  6. semoga segalanya dipermudahakan...AMIN

    ReplyDelete
  7. salam kenal dear..

    jika kita letak dunia di depan Islam..kita masih belum bebas..
    Alhamdulillah..pertahankan apa yang Allah kurniakan pada kita..
    moga kita sama sama kuat dan istiqamah di jalan Allah..

    impian menggunung bila diri, keluarga dan sahabat yang ada sama sama mendiami kampung abadi di sana..jannah! :)

    ramai yang menyayangi kamu bila kamu pilih jalan ini..teruskan senyuman itu..

    ReplyDelete
  8. semoga segala urusan kita dipermudahkan...aku juga ingin membeli syurga teman...

    ReplyDelete