Thursday, August 30, 2012

Jika begitu kehendaknya ku turut walau hati tak bahagia

Mencari bahagia dan ketenangan hati tak mudah.. kadang2 terpaksa mengetepikan soal hati sendiri demi mendapatkan kebahagian orang lain..Harapan sekurang2nya mungkin kita juga akan mendapat sedikit rasa bahagia jika membahagiakan orang yang kita sayang.. walau hakikatnya kita kadang2 tewas dengan perasaan sendiri..

Alangkah beruntungnya jika dapat membuat pilihan..Namun kerana terpaksa menerima pilihan orang lain saya terpaksa belajar untuk redha demi mendapat keredhaan Allah dan suami.. samapai bila boleh bertahan saya serahkan segalanya pada Allah, semoga diberi ketenangan dan kebahagian suatu hari nanti.

Sesungguhnya saya tertekan berada di sini, setiap hari hati meronta nak berada di negeri sendiri.. dekat dengan family. benarlah kata orang 'hujan emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri'.  Hubungan rapat antara saya dengan family lagi menyulitkan keadaan saya untuk terus berada di sini. bukanlah saya terlalu bergantung harap pada family tapi kerana kesuntukan masa dan wang tidak dapat saya selalu dan lama di samping family.. kalau balik kampungpun terpaksa membahagi masa berada di rumah family suami dan family sendiri pula. Rindu yang terpendam tidak dapat diubati..

Sikap suami juga yang tidak betah berada di kampung family saya buat saya lagi tertekan.. alasan dia tidak selesa berada di rumah adik beradik saya, sedangkan saya beranggapan harus menerima hakikat yang saya dari kecil memang rapat dengan adik beradik, dan boleh dikatakan saya lebih rapat dengan adik beradik saya berbanding emak kerana dibesarkan oleh adik beradik kerana perpisahan emak dengan ayah dan perkahwinan baru mak.. saya banyak duduk dengan adik beradik berbanding dengan emak.
Dan sekarang, bila ayah tiri telah meninggal, emak duduk dengan kakak.. jadi nak tak nak kena harus terima hakikat yang saya terpaksa pulang ke rumah adikberadik dan saya sangat berharap suami amat faham dan menerima keadaan itu.

Sebab itulah setiap kali balik kampung dan bila pulang ke putrajaya, saya akan mengalami stress.. dengan suasana yang tak berapa bes di pejabat, dengan kurangnya kasih sayang saya selalu hilang pertimbangan. Kalau ikutkan hati, saya rasa nak mintak tukar walaupun terpaksa berpisah dengan suami tapi demi anak2 dan mendapat keredhaan suami dan keredaah Allah, saya terpaksa teruskan berkorban.. Semoga mendapat sinar bahagia..

p/s - nak cerita tentang rayapun takde mood kerana selagi saya di sini hari raya pertama saya mesti di rumah mentua.. kerana mak saya menumpang di rumah adik beradik saya maka jangan berharap suami akan beraya di kampung saya pada malam raya dan pagi raya pertama.
kalau di Terengganu, boleh beraya di rumah sendiri sekurang2nya adil bagi saya... tapi rumah telah disewakan pada orang..

Tiap2 hari saya berdoa, semoga saya dapat tukar ke Terengganu dalam masa yang terdekat.. sebelum saya jadi gila berada di sini



12 comments:

  1. Salam n selamat hari raya..
    Bersabar ye. Banyakkan berdoa muga keadaan menjadi septerti yang di ingini..

    ReplyDelete
  2. hurm...x tau nak ckp camne...tp sabar ye...be strong!

    ReplyDelete
  3. sabar la wei...ari tu jumpa aku bkn mainlagi happy...setiap yg berlaku pasti ade hikmahnya..InsyaAllah semua akan kembali normal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jumpa kawan lama bertaun tak jumpa takkan nak tunjuk muka sedih :)

      Delete
  4. sabar ye.. moga di permudahkan segala urusan nanti..

    ReplyDelete
  5. semoge dipermudahkan segale urusan..insyaallah...redho kan hati dan banyak kan sabar yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang saya cuba lakukan.. harap2 dipermudahkan

      Delete
  6. Salam Saleha, sedih citer kehidupan kamu ni..moga ada sinar bahagia suatu hari nnt, apa yg boleh n daya kita lakukan bersabar la dengan dugaan ini.. hope kite kuat hadapinya... take care...

    ReplyDelete
  7. saleha,

    hidup tu cabaran. bagi sesetengah org dugaannya lagi besar ,alah mungkin lebih hebat dari kita. cuma kita perlu banyak bersabar. jangan terlalu difikirkan.. mmg kata org cakap mmg lebih mudah. payah n sulit bagi yg menghadapi nya.. ingat satu je.. ALLAH is the best planner for us.

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan semuanya. semoga akak sabar dan tabah dgn ujian Allah ni.

    ReplyDelete
  9. yer. nk ceriakan diri demi org lain, siapa tahu sukarnya.
    duka menanggung ..

    ReplyDelete