Aku taktaulah nak salahkan siapa dalam hal ni, tapi sebab dah takda cara lain jadi aku rasa tak salah kalau ambik pendekatan bertolak ansur. Aku dah lama sebenarnya tensen dengan masalah parking kat sektor awamni lagi-lagi kat Putrajayani. KAKITANGAN RAMAI TAPI PARKING TAK CUKUP, UNTUK KAKITANGAN SENDIRIPUN TAK CUKUP APALAGI untuk ORANG AWAM
Jadi kalau kereta kene block tak payahlah nak hangin satu badan melainkan orang yang memblocktu memang tak reti bahasa. kalau nak block kereta orang tolonglah tinggalkan nombor telefon, atau jangan tarik handbreak. lagi satu kalau boleh bila dah dapat panggilan suruh alihkan cepat2lah bertindak, jangan nak kene tunggu sampai 15-30minit.. mau tak hangin orang.
Tapi janganlah jadi spesis gila kuasa. pantang orang block kereta. Kenelah juga faham keadaan. Adake yang suka2 nak block kereta orang kalau memang ada petak parking kosong melainkan dia memang sewel,
janganlah histeria tak kene tempat. Tadi aku cukup bengang sangat ngan minah sorangni, memang aku block kereta dia tapi aku dah tinggalkan nombor telefon dan say sorr
Sebab aku masuk kerja WP3, jadi memang takkan ada chancelah dapat parking, jadi terpaksalah block orang, tapi biasanya sebelum orang call, aku akan turun alih dulu bila time rehat.. cuma kebetulan tuan punya kereta ada urusan nak kluar awal, dia calllah, tapi 1st timelah aku jumpa orang macamni.. kalau awak tak suka orang block kereta, sila buat parkir sendiri atau tulis kat keretatu, 'TOLONG JANGAN BLOCK KERETA INI, SAYA ADA PENYAKIT JIWA DAN GILA KUASA JUGAK" insyaAllah takdalah orang nak block awak.
Taktau nak buat macammana lagi, memang kat sini tak cukup parking, kereta aku tu dah calar balar, kalau orang tak gesel kita, kita gesel orang, tapi aku cukup tak berkenan kalau orang parking kat corner jalan, menyusahkan orang.salah amek side alamak rempuhlah.. baiklah block orang dan tinggalkan no fon.
Ada yang syorkan datangalah awal, barulah dapat parking.. abis kalau semua pakat duk datang awal, boleh selesai masalah ke?apa parking boleh jadi banyakke? kalau kita dapat parking, orang plak block kereta kita.. jadi pakat tolak ansurlah.. kan senang??
0 comments:
Post a Comment