Saturday, June 30, 2012

Serius, aku Jatuh cinta dengan Datuk Fazley

OPPSS, Tak sayang mulut kau Jah ye, tau dek isteri dia, makan cabai kau kang.. erk tak sempat dicabai ngan bini dia, laki dulu yang menjauh.. asik2 statemen 'gilerkan' jantan' lainjer.. huh.. 

Takdelah, aku bukan jatuh cinta pada dia, tapi ngan karekter dia tu.. tenang, penyayang, romantik.. aduh boleh cair hati ini. Kalaulah.......

Begitulah kita,  selalu impikan yang indah-indah.. mengharap dapat seperti yang diidamkan. hakikatkatnya kita sebagai manusia, dicipta ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.. Apabila melihat kelebihan orang lain, selalu kita rasa oh bertuahnya dia sehingga kita terlupa yang tuah pernah datang pada kita, namun kita yang tidak menyedari kerana kita sibuk melihat orang lain tanpa bermuhasabah diri.

Ya, terimalah seadanya selagi cinta dia masih pada kita, walaupun terkadang ia buat kita kecewa. Kerana baik kita atau dia memang tidak mampu memuaskan hati sesiapa. Ya ini  fakta

Ini takdir kita, namun kita tidak boleh menyalahkan takdir ini dan pasrah dengannya. Kita mampu mengubah takdir sebenarnya. Kalaupun tidak mampu mengubah si dia, kita mungkin mampu mengubah diri kita. Kerana telah tertulis juga, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. Bukankah begitu?

Namun yang tebaik, jangan dipendam apa yang dirasa. segala yang tidak puas hati perlu diluahkan biar diketahui bersama. Jangan biarkan ego meranakan kita.. Suami yang baik tidak akan berniat untuk mengecewakan isterinya. Kekadang mereka tidak sedar kerana mereka banyak memandang remeh sesuatu perkara, tetapi kita perempuan selalu menjadikan perkara remeh di pandang berat.

Apepun, hargailah semasa ada, jangan menyesal di kemudia hari.










1 comment: