Friday, January 11, 2013

Ini bukan permulaan tetapi berharap bukannya pengakhiran


Wah dah lama tak berblog tetiba harini rasa nak menulis semula.. terlalu banyak nak dikongsikan tetapi tiada daya dan mud untuk berbuat demikian..  semoga selepas ini diri tidak pernah lelah  menulis sekalipun bukan untuk orang lain tetapi sekadar kenagan dan pedoman untuk diri sendiri.

Entah ada lagi tak yang sudi menyinggah ye? tidak kisahlah.. tahun 2013 ini aku nak jadi positif .. menulis bukan kerna nama, tp sekadar kepuasan untuk diri sendiri.. segala yang tercoret semoga dapat menjadi kenagan yang terindah..

Cerita yang ingin dicoret di sini  bukan berniat untuk orang lain tetapi sekadar kenangan dan rasa yang menyinggah semalam.. yang aku sendiri tak dapat nak gambarkan bagaimana rasa itu.. seperti ada sesuatu yang istimewa yang telah dianugerahkan Allah yang mengetuk hati supaya aku tersedar... dan sekaligus mengenang dosa2 lampau dan bertaubat..  yang melenyapkan sedikit rasa dendam kesumat di hati.. yang mana selama ini aku rasa sukar sangat untuk memaafkan perbuatan orang itu, sehingga kadang aku rasa penyebab aku keneraka kerana berdendam dengan orang yang sepatutnya aku hormati.. dan kerana rasa yang meyapa hati semalam, tetiba aku rasa boleh melenyapkan rasa itu.. In Shaa Allah, semoga Allah memberi aku ketabahan hati..

Semalam, di KSM ada buat majlis bacaan YAA SIN dan solat hajat untuk kesejahteraan dan kesihatan bekas pegawai di sini yang diserang strok. Aku langsung tak kenal pegawai tersebut tetapi entah kenapa aku seperti berperang dengan perasaan untuk sama2 hadir  di majlis tersebut. rasa berbelah bagi dan akhirnya aku ke sana juga walaupun agak terlewat.. orang dah baca separuh dah..  tetiba entah kenapa tidak berapa lama itu, aku tidak dapat menahan sebak.. aku rasa sangat sayu.. sukar nak digambarkan.. padahal sebelum2 ini bukan aku tak pernah dengar orang baca Yaa Sin dan sering gak join majlis sebegitu tapi kali ini  
entah kenapa.. aku rasa macam orang2 di situ sedang membaca untuk aku.. aku terbayang aku terbujur kaku disitu.. aku sedang mati.. .  tetiba aku tak dapat kawal perasaan, aku mengais semahunya..

Ya Allah, semoga hati ini sentiasa beristiqamah untuk mencari keredhaanMu.. Ampunilah dosa2 lalu.. berilah aku kekuatan berjuang menentang nafsu sendiri.. sesungguhnya aku ingin mati dalam keadaan beriman.


3 comments:

  1. moga terus maju jaya. happy blogging ye

    ReplyDelete
  2. Welcomeback Saleha. Walau atas alasan apa, jangan berhenti menulis...ia satu seni yg bukan semua orang ada.
    Semoga kita sentiasa ingat mengingati satu sama lain!

    ReplyDelete