Wednesday, October 24, 2012

Malu dan takut tidak akan bawa kita ke mana-mana


Assalamualaikum semua..

Agak lama tenggelam, akhirnya timbul jugak.. hehe.. sebenarnya saya menyepi kerana mencari jati diri.. setelah pelbagai ujian dilalui kadang2 rasa diri sangat lemah.. tidak mahu berterusan menjadi manusia yang gagal saya mencari motivasi dengan membeli buku2 motivasi di pasaran. Akhirnya saya bertemu dengan satu buku yang agak terkesan di hati . Yang mana telah menyedarkan saya bahawa saya sebenarnya dulu seorang yang kuat semangat dan agak berani. tetapi dewasa ini, saya sendiri bagai tidak percaya saya seolah telah hilang jati diri dan rasa diri agak lemah. Alhamdulillah Allah menemukan saya dengan buku ini. Terima kasih juga kepada pengarang MOHD. RAFI JALALUDDIN kerana berkongsi kisah hidup yang sangat terkesan dalam hati.. yang mengembalikan semula semangat dan jati diri yang hilang.. Saya nak upload gambar buku ini tetapi masalah teknikal menghalang niat saya. saya sangat2 syorkan kawan2 semua memiliki buku ini sekiranya ingin mengubah kehidupan untuk menjadi lebih baik.

Buku yang dimaksudkan bertajuk DULU PENCUCI KINI PENGURUS. Penulis - Mohd. Rafi Jalalddin.

Saya nak cerita sedikit tentang saya suatu ketika dahulu (kepada yang sudi baca dan mendengarlah :))
Mengimbas pengalaman masa lampau lebih2 lagi waktu bersekolah rendah menjadikan saya malu dengan keadaan saya sekarang.. betapa saya lemah dan sering berada dalam ketakutan yang tidak bersebab.

Waktu di sekolah rendah ada 4 peristiwa yang sangat membekas dihati.. semuanya adalah peristiwa saya bertikam lidah dengan cikgu. bunyinya agak negatif dan orang menganggap saya samseng kerana cikgu patut dihormati tetapi kerana saya rasa saya dipihak yang benar saya berani melawan cikgu. ^__^.

Peristiwa pertama,Saya ingat dulu waktu darjah tiga, guru kelas salah mengira markah ujian keseluruhan yang mana telah menjejaskan kedudukan dalam kelas. sepatutnya saya ditempat yang keempat tetapi kerana disebabkan salah perkiraan saya jadi tempat yang kelima.  Kerana saya sangat mementingkan kedudukan atau pencapaian di dalam kelas kerana memikirkan amaran  abang saya, seorang yang sangat garang yang mahukan saya berada di level no 1-3 sahaja, maka tidak berada di kedudukan yang diingini buat saya jadi kecut perut apalagi berada di kedudukan no 5. maka saya dengan berani meminta cikgu menyemak semula. Cikgu agak tercabar dan memarahi saya kerana seolah2 menunjuk pandai daripada cikgu. tapi saya berkeras dan mengira depan cikgu. memang terdapat perbezaan 5 markah. tp yang anehnya bila cikgu kira dengan menggunakan kalkulator pulaktu, markah serupa seperti yang tertera di buku kemajuan,. tapi saya masih tidak berpuas hati, cikgu semakin tercabar dan disebabkan peristiwa itu berlaku di dalam kelas, maka ada jugak kawan2 yang tolong kirakan.. tetapi kawan2 mendapat jumlah sama seperti yang saya dapat. kerana terlalu rasa tercabar mungkin, cikgu telah melemparkan kalkulator ke arah saya dan terus keluar kelas.  perkara itu menjadi isu juga bila tersebar. 2 3 hari juga menjadi buah mulut disekolah dan ada cikgu2 lain memerli saya dan ada yang bertanya keadaan sebenar. Akhirnya ada seorang cikgu lagi yang tolong kira markah saya dan mendapat jumlah sama seperti saya kira. Mungkin cikgu itu ada memberitahu cikgu kelas supaya mengira semula saya tidak pasti.. tetapi Akhirnya bila cikgu menyerahkan kad kemajuan untuk diserahkan pada ibu bapa 5 hari selepas peristiwa itu, saya lihat di dalamnya ada pembetulah markah seperti yang saya kira dan cikgu tersebut meminta maaf pada saya kerana tersalah kira. Bila teringat balik kisah tersebut, saya jadi kagum pada diri sendiri kerana biarpun berumur 9 tahun, saya sudah berani menegakkan yang benar, walaupun saya terpaksa berdepan dengan rasa malu, takut dan dipersenda kawan2 atau guru, tetapi akhirnya yang benar itu tetap benar.. betullah kata pepatah yang benar itu pahit :)

Peristiwa kedua- Ada seorang cikgu India- saya panggil di sir pr***sh. Cara pembelajaran dia agak luar biasa. dari darjah 2 sampailah darjah 3, saya tak pasti apa tujuannya, setiap kali masuk kelas, dia panggil  sorang2 secara berpasangan, kena pegang tangan, kadang2 menari. sampai sekarang saya taktau motif dia apa.. sehinggalah satu hari masa darjah 3, saya dah tak tahan sangat apatah lagi saya dipaksa menari dengan pasangan yang saya tak suka.  saya dengan lantang cakap" sir kenapa sir tak menari aje dengan teacher wong" sir agak terkejut jugak dan hampir menampar saya sebab saya berani membantah. saya menambah lagi ' saya taktau tujuan apa sir suruh kitorang menari macamni, saya akan laporkan pada guru basar' saya lupa apa jawapan sir tika itu tapi seingat saya lepas dari peristiwa itu, sir tidak lagi menyuruh kitorang berbuat demikian.

Peristiwa ketiga - masa darjah 5. ada seorang cikgu yang agak gatal..dia selalu cakap lucah kdg menceritakan cerita lucah pada kami.  suatu hari sewaktu dia bermain congkak dengan kawan saya di waktu rehat, kebetulan kawan saya itu badannya agak berisi tidak seperti kanak2 11 tahun, masa dorang bergurau senda tetiba cikgu itu bertindak di luar batasan. dia telah memegang t***k kawan saya itu. lalu kawan saya itu terkejut lalu menangis, peristiwa itu berlaku di hadapan saya dan saya mengajak kawan saya itu melapor kepada gurubesar. Akhirnya cikgu itu dikenakan tindakan. 

Peristiwa keempat- guru kelas darjah 6. seorang guru pilih kasih saya rasakan. Seluruh sekolah tahu kecemerlangan saya dalam sukan, saya menjadi olahragawati sekolah. TETAPI saya sampai sekarang tidak faham kenapa di dalam sijil berhenti sekolah, olahragawati disandang oleh anak murid kesayangan dia barangkali. apa yang tercatat di sijil persekolahan saya hanya ahli biasa2 tiada yang istimewa. tetapi di sijil berhenti sekolah kawan saya itu sudahlah tercatit olahragawati yang sepatutnya hak saya, lepastu  macam2 jawatan palsu yang tertera. saya adukan perkara ini padanya dan minta diperbetulkan tetapi tidak diendahkan. saya sangat berang dan saya bagitau abang saya tentang perkara ini dan abang saya jumpa cikgu tersebut. Cikgu tersebut minta maaf pada saya dan berjanji depan abang tidak akan buat begitu lagi tetapi di sijil persekolahan itu tiada perubahan. Biarlah Allah sahaja menilai. 

Apepun bila diimbas balik tentang peristiwa lampau, menjadi pemangkin semangat saya, dan menyedarkan saya bahawa sebenarnya saya ada kelebihan berani berdepan dengan orang2 yang harus dihormati demi menegakkan kebenaran. Saya tidak faham sekarang selepas umur makin meningkat, saya mudah menyerah kalah. kadang2 menjadi bahan persenda kawan-kawan dan pegawai atasan. saya seolah tiada kelebihan dimata orang kerana sikap saya sekarang.. saya menjadi lemah sehingga saya mudah ditindas.

Dan mulai sekarang, saya harus berani, biarpun keberanian kita, kelantagan kita mengundang kebencian orang, tetapi saya mendapat kepuasan untuk diri sendiri.. sekurang2nya saya menghargai diri dan keupayaan saya.. Untuk maju saya harus menjual diri.. bukan dengan melacur tetapi menjual keupayaan diri. 


9 comments:

  1. TAPI SAYA NI PEMALU ORANGNYER...NGEH NGEH

    ReplyDelete
  2. rase peristiwa 2 n 4 aku wat aku teringat2 la...heeeee...i'll be support u..

    ReplyDelete
  3. yang penting berani kerana benar

    ReplyDelete
  4. sangat penting.. jika tidak akan di tindas

    ReplyDelete
  5. T ada masa tunjuk yer buku tu..
    Wow..awak sangat berani time sekolah rendah dulu...

    ReplyDelete
  6. hmmmm...... berani krn benar. yeah. itu yg perlu.

    ReplyDelete
  7. salam saleha..
    dalam masyarakat sekarang kita memerlukan orang yang berani menegakkan kebenaran.jadilah saleha seperti sekolah rendah dulu..:)

    ReplyDelete
  8. agak berani.kmna hilangnya keberanian itu...

    ReplyDelete