Thursday, October 18, 2012

Maaf jika terlepas pandang

Harini taktau nak ceritakan tentag kisah apa, cuma nak menzahirkan rasa , tapi sebelumtu nak tanya jugak teman2, pernah tak korang tinggalkan jejak kat blog orang, walaupun dah beberapa kali dan turut menjadi follower tapi tak pernah lagi orang itu menjenguk blog kamu.. ada rasa terkilan tak? 

Yelah kita bukanlah mengharap sangat cuma terasa sesuatu, perasaan seperti rasa rendah dirijerk.. yelah mentanglah kitani blog picisan sekadar di pinggiran orang tak sudi nak pandangpun pelagi nak menjengok kan? mulanya fikir positif jugak, mungkin depa terlepas pandang tapi jika selalu meninggalkan jejak takkan asik terlepas je kan? mungkin sebab dia punya follower dah masuk ribu maka kita yang baru merangkak ni mungkin tidak diperlukan untuk menjadi kawan.. cukuplah mana yang ada kot. nak kata tak sihat tetapi blog selalu je berupdate.

Saya mungkin juga terlepas pandang pada yang menjejaki, mungkin tika itu tak berapa sihat.. tapi bila dah ada mood dan sihat sedikit, akan gagahkan jugak balas jejak kawan2 kerana saya sangat gembira dan teruja bila dapat menjalinkan ukhwah dengan orang baru. Munkin kawan di alam maya ini suatu hari nanti adalah teman kita di akhirat kelak,, di syurga mungkin.. seboleh2nya mengharapkan teman yang jujur dan sentiasa menasihati ke arah positif dan lebih baik, jika tidak sebagai pemandu jalan mungkin teman seperjalanan menuju ke bahagiaan di akkhirat. 

Tapi tidak semua blogger yang ada ribu followers ini bersikap begitu, saya sangat terkagum dan agak teruja bila blogger yang mungkin cukup femes di kalangan blogger yang ada kat sini sudi menjengok dan seterusnya sudi menyamut salam ukhwah contohnya blog kakikusukaberjalan, intanberlian, pinkymomma, aku bukan bidadari, makdara,benashaari,hasrulhasan(sekadar menyebut beberapa nama blog - sbbni blog feberet sebelum aktif berbelog lagi)  tapi ada jugak blog yang selalu saya ikut perkembangan sejak sebelum aktif blog lagi tetapi bila sering disapa tapi tidak langsung diberi 'respons'. agak terkilan jugaklah.. :(

apepun saya sangat menghargai sesiapa sahaja yang sering masuk ke sini dan meninggalkan jejak terutamanya KA, Anum, MrsEady, kakzakie, pinkummi, kak aye nee, kakchikseroja,kakzancheqna,cikleeza dan sahabatku Faridah (nama2 disebut ini selalu sangat tinggalkan jejak, terima kasih)

Sebenarnya ramai lagi kawan2 maya yang sudi singgah di sini bila disapa, kalau nak tulis semua agak panjang jugaklah. Nama2 yang disebutkantu sebab selalu masuk ke sini walaupun kadang2 tanpa disapa dulu. Apepun terima kasih sangat2 kepada semua yag sudi menghulurkan dan menyambut salam ukhwah dari saya. semoga kita dapat bertemu suatu hari nanti, jika tidak di dunia semoga bertemu di akhirat hendaknya.

SAYANG SANGAT SAHABAT MAYA SEMUA


19 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih anum, sebab kan anum ni pembaca setia blogni

      Delete
  2. ada jugak follower dah beribu ribu yg tak mesra alam...ada jugak yg mesra alam...biaselah kan...nak buat mcm mne...adat berblog dik..sbr je la kan :)

    ReplyDelete
  3. memang terasa hati bila kita kunjung 2,3 kali x jg dpt kunjungan balas, akak just lupakan je mungkin org tu x perasan atau sengaja kita x tahu kan..
    biasa la tu... tp akak bila blog yg popular kita komen byk kali x jg respon akhirnya tak payahlah senaraikan dlm senarai blog2 yg kita suka tgk he he habis cerita kita tgk blog2 lain je
    maklumlah kan log baru belajar ni tak seberapa hu hu

    ReplyDelete
  4. berkawan di alam maya macam ni kan akak.. mungkin ada ketika kita sebok, tak sempat nak jalan-jaln blog kawan-kawan yang datang..

    ReplyDelete
  5. salam singgah saleha...

    alahai... sedih mmg sedih bila kita selalu komen2 kat blog org tapi tak dibalas pun kunjungan kita kan. tapi k.izan sendiri mengaku, adakalanya mmg terlepas pandang juga kat kawan2 yg dtg komen. masa nak update mmg ada, tapi nak bw tu yg kena cari masa. dan tak on the spot biasanya... minta maaf ye andai saleha ada terasa hati ngan k.izan...

    ReplyDelete
  6. saya pnh alami situasi tu. g singgah blog org tu.. tggal jejak.. tp dia xsggah pun blog saya.. blog org lain nmpk ada je dia selalu dtg komen.. tp xpala, maybe dia busy or terlepas pandang blog picisan saya ni kan.. :-)

    *saya pun nak mintak maaf gak sbb dh kurg singgah sini... bila makin sarat ni, maskinlah xselesa mgadap blog lama2.. just buat entry.. nk aktif blogwalking macam dulu dah susah sikit... ohya, saya insyaAllah due 3/11.. doakan semuanya selamat yer.. dah dekat ni, dah mula rasa berdebar2.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga ina selamat melahirkan anak yang sihat, comel, soleh.
      semoga semuanya dipermudahkan Allah
      amin

      Delete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. k.izan, ha remove ni jgn kecik hati sebab rasanya ha silap publish.. sebabni jawapan kepada soalan peribadi ha tadi.. :)

    ReplyDelete
  9. selalu jugak camni.. kdg2 terlepas pandang kot..lagipun siapalah saya ni

    saya pun mengaku kdg2 terlepas pandang juga.. tapi cuba juga menjengah ke rumah rakan2 selagi boleh

    ReplyDelete
  10. Mula2 dulu pun kak zan pun ada rasa kecik hati...kita gigih meninggalkan jejak kat blog orang, bukan sikit...tapi bila baca blog HasrulHassan, baru tau apa sebenarnya berblogging itu....masih giat memperbaiki content blog..bukan untuk disukai tapi untuk mencari kepuasan diri..begitu ke? Anyhow..teruskan berblogging saleha...

    ReplyDelete
  11. Saya selalu tinggal jejak..tapi tak boleh nakjadi follower..tak tahu knp?..setiap kali try mesti gagal. Tapi ada blog yg senang untuk jd follower..terus klik jer dah dpt..

    ReplyDelete
  12. ada juga..tapi tak pe la..tak kisah..

    ReplyDelete