Maaf kalau entri ini buat kamu di luar sana tersinggung.. semua ini sekadar peringatan untukku, jika bisa membuka ruang hidayah jua kepada hatimu maka ku bersyukur, namun jangan membenci akan diriku jika turut mengguris hatimu.. Aduh ter'indon plak
Di sini aku ingin kongsikan rasa sentuhan hidayah yang menyapa hatiku yang mengheret diri untuk berubah.. kerana aku rasa hidup ini tidak panjang.. dunia juga semakin berusia.. entah esok atau lusa, atau sedikit masa lagi ajal akan tiba.. walaupun ada rasa ragu, ada rasa sayang lagi dengan pakaian cantik dan mahal tapi tidak memenuhi syarak yang telah terlanjur aku beli, tapi aku berusaha untuk korbankan rasa itu.. kerana aku ingin mencari redha Ilahi.. biarlah aku sedikit rugi di dunia ini asalkan aku manusia yang beruntung di akhirat kelak.
Alhamdulillah, selama ini aku rasakan memakai stokin itu sangat merimaskan dan sangatlah mengjengkelkan, tetapi kini aku rasa sangat selesa.. jika aku terlupa pakai aku rasa serba tidak kena.. aku ingat dulu, walaupun dipaksa kerana undang2 sekolah yang mewajibkan pelajar perempuan pakai stokin/sarung kaki setiap kali keluar bilik (dulu aku sekolah berasrama penuh) aku rela didenda dan dihukum kerana aku rasa rimas dan menyusahkan.. dan aku rasakan sangat tidak relevan dipaksa pakai stokeng kemana saja waima di dewan makan yang tidak bercampur lelaki dan perempuan... apalagi bila melihat kesan kotoran yang menempel di tapak kaki sarung kaki.. eeerk sangatlah menjengkelkan.. tapi aku terlupa kadang pernah juga terserempak pakcik/abang tukang amek sisa2 makanan.. bermakna tidak mustahil aurat sudah terbuka kepada ajnabi. Sungguh selama ini aku rasakan kaki itu bukan aurat dan memakai stokeng itu bukanlah satu kewajipan.. tapi apabila dikaji melalui pembacaan dan pencaramahan orang alim, aurat yang boleh dilihat bagi orang perempuan ialah muka dan tapak tangan sahaja.. jadi kaki dan lengan juga adalah aurat yang patut diselindungkan.. jika rimas nak pakai stokin, mungkin boleh dibungkus dengan kain buruk atau plastik tebal.. janji tutup aurat. :)
Marilah kita berubah sekarang wahai saudara perempuanku, KERANA KITA TIDAK TAHU AJAL KITA.. janganlah kita jadi orang2 yang rugi.. benar, orang yang menutup aurat belum tentu hati baik dan dijamin syurga.. sekurang2nya satu perintah Allah telah diikuti dan semoga kita mendapat keberkatan dan terpelihara dari melakukan perkara2 yang dilarangNya. Bukankah pakaian yang elok turut boleh membantu diri menjauhi perkara yang tidak elok.. takkan kita tergamak berpakaian sopan tapi terkinja2 di kelab malam? semoga pakaian kita menjadi pemangkin hati.
Saudara permpuanku ,Harga sebuah syurga itu bukan murah.. tetapi kita tidak memerlukan harta yang banyak untuk membeli syurga.
Bagi wanita yang menjadi isteri, hanya empat syarat untuk mereka ke syurga. Daripada Anas, Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad).
Terima kasih atas peringatan itu.
ReplyDeletecheqna pun sedang dalam usaha membaiki diri ke arah kebaikan....bab pakai stoking memang x pakai lagi r buat masa skang..pakai masa sekolah dulu je...
ReplyDeletethanks 4 sharing this =)
happy sokmo ye =)
tahniah dn moga kita terus diberi hidayah dan istiqamah dlm kebaikan... terus sebarkn kebaikan wpun bkn ustzah...
ReplyDeleteSangat bagus..buat saya terpikir sejenak..
ReplyDeleteperingatan yg berguna..:)
ReplyDeletealhamdulillahh....terima kasih atas peringatan ini ye :)
ReplyDeletethanks 4 reminding!
ReplyDeleteAs-salam saleha. salam perkenalan.benar..kalau nak diikutkan kaki juga aurat sebenarnya.apa beza antara perempuan yang tidak memakai tudung dengan perempuan yang memakai tudung tapi tidak memakai stokin? still sama sebenarnya,menampakkan aurat. entry yang cukup bagus dan membuatkan kita berfikir. :-)
ReplyDeletebuatkan aku terpikir sejenak..aku jua ingin berubah...
ReplyDeleteSalam dear.. Awesome blog! Pandai u design.=) Come join my segmen here if nak saya folo awk.. http://www.aimisyahirah.com/2012/09/segmen-cik-misya-nak-follow.html or visit this page http://dliajanediary.blogspot.com/2012/09/gadis-bermata-cantik-antara-peserta.html?spref=fb untuk support saya dalam modelling!=)
ReplyDelete