Thursday, August 16, 2012

Lupa Nak update cerita tragis ini

Semalan baru cerita tentang ini dan semalam juga terjadi peristiwa tragis ini.
peistiwa ini buat saya tersedar dan insaf .. betapa saya tidak memahami rasa hati anak kecil. Maafkan mama ye nak.

Semalan Damia balik sekolah seorang diri ke rumah pengasuh, anak kecil itu sebenarnya tidak tau macammana nak naik lif, tapi kerana mungkin nekad dan kecik hati permintaannya menyuruh kami menjemputnya di sekolah tidak dihiraukan mungkin memaksa dia bertindak begitu.


Syukur pada Allah dipertemukan dengan orang yang baik2.. orang itu tolong hantarkan ke rumah pengasuh.
Sungguh saya menggigil dan rasa amat bersalah serta trauma setelah dimaklumkan oleh pengasuh tentang peristiwa tersebut. Andailah tidak berjumpa dengan orang itu apalah nasib anakku.. dan kiranya sesuatu yang buruk berlaku terhadapnya, mesti saya akan menyalahkan diri sampai hujung nyawa ini.

Selepas kejadiantu, Pengasuh ke tadika dan serang cikgu.. Cikgu boleh jawab dia tidak sedar Damia keluar.. Jawapan yang agak membangkitkan kemarahan. Bukankah cikgu sepatutnya 'alert' setiap murid2nya, bukankah menjadi tanggungjawab cikgu memantau? bukankah sudah menjadi amanah kepada cikgu bila abu bapa tinggalkan anak2 ke sekolah besar harapan anak2 selamat di bawah jagaan cikgu..

Mungkin benar juga kata Damia, tukang masak tadika tu dah tak larat nak tumpangkan dia, walaupun tukang masak duk di blok yang sama dengan pengasuh tapi mungkin juga terbeban bagi tukang masak tersebut nak hantar Damia naik lif hanya beberapa arasjepun.. sebab dia duk aras 3, terpaksa melencong ke aras 9 semata2 nak hantar anak saya

Oh kesiannya anak mama. Syukur Ya Allah kerana memberi perlindungan kepada anakku itu. Semoga menjadi pengajaran kepadaku di lain kali. Jangan pandang remeh setiap rungutan kanak2 kecil..





16 comments:

  1. terkejut aku baca...xpe la wat peringatan..len kali kene beringat la tu..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, Allah telah memelihara Damia.

    ReplyDelete
  3. Ish..risau sayer klu anak2 kecil terbiar sorg2 kat luar. Nasib jumpa org baik2..klu boleh jangan mcm ni lagi yer..peringatan utk diri sendiri jugak.

    ReplyDelete
  4. jadikan ini sebagai peringatan, biasanyer KA kalau anak2 bercerita atau komplen apa2 pasti KA take note !. syukur damia xde apa2 !

    ReplyDelete
  5. Rasa sesak juga kakak baca ni. Mujur tidak ada apa berlaku pada Damia
    Jadi pengajaran sebenarnya...

    Selamat Hari Raya & maaf juga dari kakak Saleha.

    ReplyDelete
  6. Betul tu, Alhamdulillah. Dan kata2 anak walaupun nampak remeh kita kena selalu dengar dan fahamkan. =D

    ReplyDelete
  7. salam singgah.

    Damia ni budak bijak.




    selamat hari raya beb.


    .

    ReplyDelete
  8. Ya Allah,syukur tak jadi apa apa.Alhamdulilah

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, masih ada insan yg prihatin dan bertanggungjawab...

    ReplyDelete
  10. Mujur.... selamat tidak berlaku apa2 pada Damia.

    Salam lebaran
    maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  11. hmm..peringatan utk kita..kadang2 kala lupa mengendahkan hal lain. iktibar kita bersama

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah dah selamat semuanyer...berjumpe ngan orang baik...moge menjadi peringatan pade kite semua jugak...

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah damia selamat... ingatan buat kita semua..

    ReplyDelete
  14. nasib baik damia selamat...risau betul kalau jadi macam tu

    ReplyDelete