Tuesday, July 24, 2012

Walaupun terkilan tapi pujuk jugak hati -dapat tengok ekorpun cukuplah


Semalam  bonda kesayangn telah berangkat ke tanah suci kerana menunaikan umrah. Mak berangkat dari Terengganu jam 10pg dan transit dulu di KLIA. Entah kenapa aku macam tak terasa nak tunggu mak di KLIA. Mungkin sebab aku dah balik kampung 2 minggu lepas dan sudah bersalaman bermaaf-maafan dengan mak disamping meraikan kenduri kesyukuran untuk mak.  Lagi sebab cuti dah tak banyak  dan dalam 2 minggu lepas aku dah banyak cuti jadi segan untuk apply cuti lagi. 

Pagi sebelum mak berangkat, aku dah telefon mak, mohon maaf sekali lagi dan memaklumkan yang aku tak dapat sambut dia di KLIA,walaupun mak tak kisah tapi. rasa ralattu tetap ada sebab mungkin jauh di sudut hati mak mungkin berharap aku ada walau mak berkali2 cakap dia tak kisah.

Sepanjang pagi itu aku di pejabat tak tenang duduk. Fikiran aku asik terkenang mak tapi aku jadi serba salah nak mintak halfday dengan bos. Aku cuba pujuk hati dan berdoa semoga mak dilindungi Allah dan dikelilingi kawan2 yang membantu. Sehinggalah pada pukul 2.45 petang aku buka Facebook dan tengok gambar kawan mak yang turut serta bersama mak ke mekah dikelilingi sanak saudara di upload dalam facebook cucunya. Semasa aku tengok gambar tersebut tetiba aku rasa amat ralat dan air mata tak dapat dibendung lagi akhirya aku senyap2 keluar opis dan ke stesen ERL Putrajaya untuk ke KLIA. Dalam hati aku tak henti2 berdoa semoga aku sempat bertemu mak walaupun aku tau agak mustahil kerana penerbangan mak dijadualkan pukul 4 petang. Sedangkan waktu aku menaiki ERL  jam sudah menunjukkan pukul 3.20 petang. tapi aku nekad, dan memujuk hati dan berharap keajaiban akan berlaku. 

Sampai di sana jam sudah menunjukkan jam 3.40 petang, aku cari mak merata. mak pulak tak bawak telefon. Aku telefon kakak untuk mendapatkan nombor telefon ketua rombongan mak tapi hampa apabila di telefon nombor yang diberi,yang menjawab anak kepada ketua rombongan. katanya ketua rombongn tak bawak telefon tersebut. Rasa kepala berpinar.. aku melilau merata cari mak walaupun aku tau sia-sia sahaja sebab mak mungkin sudah lama berada di balai berlepas atau mungkin sudah berada dalam perut kapalterbang cuma aku masih berharap keajaiban berlaku.. dan akhirnya.... aku pasrah .. apabila terdengar pengumuman penerbangan mak yang akan berlepas tak beberapa minitje lagi. aku terduduk meraup wajah dan menangis di situ melahirkan kekesalan.. aku melangkah ke laman tinjau dan nampak dari jauh kapal bergerak dan terbang menjauh meninggalkan aku dengan beribu kekesalan. Ku pujuk hati, takpelah dapat tengok ekor kapalpun oklah walaupun aku rasa macam nak meraung tika itu.

Maafkan adik mak.. Semoga mak dilindungi Allah dan selamat pergi dan kembali.. adik janji akan menunggu mak di sini tika mak pulang nanti. 
YA Allah Kau berilah aku peluang untuk berjumpa mak lagi kerana aku tak tahan menanggung rasa sesal dan rindu ini. Berilah aku peluang memeluk mak sekali lagi dan buat mak bahagia.













13 comments:

  1. doakan saja perjalanan mak selamat pergi dan balik...itu pun dah cukup...memang ralat sangat kan rasanya tak dapat berjumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, yang menjadi lagi ralat malam sebelum mak pergi mak telefon nasihatkan saya macam2 terutama supaya jadi isteri yang baik.. yang paling menyentuh, mak cakap lepasni kalau mak dah takde, dah takde orang nak nasihatkan lagi..
      apepun saya sangat berharap mak akan kembali dengan selamat

      Delete
  2. sebak KA baca.. Doakan saya moga ibunda dipermudahkan disana dan selamat kembali semula nanti !

    ReplyDelete
  3. dah macam dlm drama tv...tapi ianya sangat menyentuh hati,..sampai menitis air mata saya...tetiba teringat arwah mak....nanti kalau mak balik, jgn lupa sambut tau..huuh..sedey nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dalam drama, jarang yang tak sempat..

      Delete
  4. Mudahan Mak Saleha tak apa2.. sedih kan bila jadi macam ni... apapun doakan yg terbaik buat mak, selamat pergi dan pulang..

    ReplyDelete
  5. laaa jgnlah cakap mcm tu.. alamakkk saya nak kwn dgn semua org la... dgn awk pun nak.. lbh2 lg kita satu negeri.. :-)

    Terkejut saya awk cakap gitu.. huhuu.. bersalah pun ada... emmmm awk baca link ni yer...

    http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2012/06/cara-saya-membalas-jejak.html

    kalau mereka yg dah lama follow saya, mesti tahu kenapa komen mereka belum publish.. (",)

    Alaaa awak jgnlah salah paham tau.. jgn kecik hati tau.. sy sekarang ni tengah berusaha balas semua jejak.. thats y siapa yg belum sampai turn saya singgah blog yg komen tu, komen mereka saya tak publish... (",)

    Kita kawan k.. (",) N thanks jugak sudi jd kwn saya..

    P/s : Nanti saya singgah lagi blog awk baca entry.. (",)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah sbb awk dah paham.. :-) eh, panggil awk saleha ke ek?..

    skrg ni mood saya nak mengadap blog merundum sikit.. hehhe... bkn apa mlm2 dh tido awai... tu yg jejak msh ramai saya belum balas... @ thats y komen msh byk blm publish... @ sbb tu jugak dah bbrp ari xwat entry.. simpton ibu mengandung, camnilah kot... hehehh...
    saya dulu duduk dkt kuala ibai.. berhampiran masjid terapung... tp skrg ni kalu saya balik trg, saya akn duk umah mak sedara dekat cendering... :-)

    saleha lak duk mana?

    ReplyDelete
  7. insyaallah anum doakan yg terbaik

    ReplyDelete
  8. Slmt menyambut Ramadan dan berpuasa buat Saleha.
    moga mak Saleha dipermudahkan urusan dan slmt menunaikan murah.
    Saleha doakan mak Saleha sihat sejahtera di sana...jgn sedih ya...
    Saleha boleh follow blog akk...ada kotak follower kat tepi blog akak.

    ReplyDelete
  9. sedih pulak baca entry.. Doakan moga mak leha dpt jalani ibadat dgn tenang... selamat pergi n selamat kembali...

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum saleha...doakanlah semoga ibu saleha sihat n berjaya melakukanibadah umrah dgn selamat n baik...:)

    ReplyDelete