Langkah ini Terasa terhenti-henti Depan kelabu Pedih memilu Masa bukan lagi temanku Masih jua Aku mengharap cahaya Biarpun terus Meredah belukar Pecahan kaca Menusuk tubuh berdarah Sakitnya tiada terkira Istana menanti Bertakhta hati Berseri... Istana menanti Tempat kita Pasti... Getar jari-jemari Bertaut pada harapan ini Aku membilang hari Apa akan datang hari Ku nanti Istana menanti Pasti...
Tuesday, July 3, 2012
Setelah hampir sebulan
2 hari lagi, cukuplah sebulan aku aktif berblog balik, 3 tahun ku biarkan blog ini usang Cuma bulan lepas aku rasa gedik nak aktif balik. Ini semua kerana aku bosan dengan kehidupan kini, daripada membiarkan hari -hari berlalu tanpa erti dan memori jadi lebih baik begini.. Dari hati berbicara, Biar Blog melontar kata. kalaupun tidak memberi makna pada orang lain cukuplah sekadar membawa erti untuk diri sendiri.
Memang tujuan utama aku sebab ingin mendapat pendapatan dari blog kerana terdorong kejayaan MR. BEN ASHAARI, Bagaiman blog boleh mengubah dirinya. Aku bukan ingin mencari popular tetapi aku ingin menjadi seperti MR. BEN, Kerana cita2 aku, ingin berhenti kerja mengasuh sendiri anak tapi dalam masa yang sama aku ada pendapatan sendiri.. bukan untuk menjadi kaya, cukup sekadar menampung belanja.
Dan kerana itu, aku jadi hilang punca, kerana aku bukan 'penulis'. terkadang aku kecewa dan berputus asa bilamana aku tidak dapat menarik pembaca. Untuk sekalian kalinya saja, sudah berapa kali aku menukar tajuk blog,persembahan entri, dan kekadang aku seperti hilang identiti.. ini kerana aku tidak berpuas hati dan terlalu memikirkan untuk mengejar trafik. lalu aku sedar,, bukan senang untuk memuashati orang sedangkan untuk memuaskan hati sendiripun tidak mudah.
Namunku cuba memujuk hati, mencabar diri dan terus menulis.. tidak putus belajar dan mencari info, dan terima kasih jua diucapkan kepada blogger yang tidak lokek dengan ilmu..
Dan kini aku mula sedar, jika diawalnya aku meletakkan sasaran yang terlalu tinggi, maka aku akan kecewa.
Jadi akukan terus menulis dengan damai dan santai, tidak perlu memaksa diri Mungkin dengan entri yang bersahaja dan ikhlas dari hati mungkin aku disenangi.. Dan cukuplah ia menjadi memori dan memberi erti pada diri sendiri.
Perkembangan terkini;
5/6/2012 -entri pertama , 28 followers(dari tahun 2009- usang 3 tahun)
3/7/2012- sudah 42 entri, 104 followers
0 comments:
Post a Comment