Friday, July 6, 2012

Sejuk perut kau




Situasi berbeza, tapi ayat serupa.. Tapi yang mana selayaknya?

Situasi pertama;

Limah ; amboi Jah, berseri2 muka kau
Lijah; mana tak berserinya Limah, anak aku terpilih masuk Akademi fantasia
Limah; Alhamdulillah ,  sukalah kau ye Jah
Lijah; uih mestilah, harap2 boleh jadi macam Datuk Sitilah nanti
Limah; beruntung kau ada anak macamtu Jah, sejuk perut kau

Situasi Kedua;

Jemah; amboi Nab, berseri2 muka kau
Jenab; mana tak berserinya Jemah, anak aku terpilih masuk Akademi Al-Quran
Jemah; Alhamdulillah, sukalah kau ye Nab
Jenab; uih mestilah, harap2 boleh jadi macam ustazah Syarifah Khasif
Jemah; beruntung kau ada anak macamtu Nab, sejuk perut kau

1 comment: