Langkah ini Terasa terhenti-henti Depan kelabu Pedih memilu Masa bukan lagi temanku Masih jua Aku mengharap cahaya Biarpun terus Meredah belukar Pecahan kaca Menusuk tubuh berdarah Sakitnya tiada terkira Istana menanti Bertakhta hati Berseri... Istana menanti Tempat kita Pasti... Getar jari-jemari Bertaut pada harapan ini Aku membilang hari Apa akan datang hari Ku nanti Istana menanti Pasti...
Tuesday, July 10, 2012
Petua Rasulullah saaw buat yang menghidap penyakit kronik..
Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saw;"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua
0 comments:
Post a Comment