Monday, July 2, 2012

Makan Gaji atau Kerja Sendiri,Mana satu pilihan anda?


Makan gaji dan Kerja Sendiri masing-masing ada kelebihan dan kekuranga tersendiri Ada yang suka makan gaji ada yang suka kerja sendiri

Kenapa suka makan gaji? Antara sebab-sebab yang pernah didengar;


  • Aku graduan universiti- Ah belajar tinggi-tinggi takkan nak jadi petani? haruslah makan gaji, pangkat bersilih ganti, silap hari bulan boleh ganti pak menteri
  • Makan  gaji lebih terjamin, tak payah pening-pening, tunggu aje hari gaji, boleh sengih nampak gigi
  • Kemudahan perubatan di klinik panel dan hospital- Tak perlu sakit mental, fikir duit settle bil hospital
  • Kemudahan untuk membuat pinjaman - Senang buat hutang ribu riban
  • KWSP, Skim pencen- tua nanti goyang kaki dapat gaji



Yang kita  mungkin tak sedar


  • Politik dalam kerja - kau pandai kipas - kau terlepas, kau pandai memuji-kau naik pangkat lagi
  • Suasana berkerja di bawah orang lain - kau suka or tak suka, kau tetap kene menerima
  • Risiko dimarahi orang atasan - boss is always right
  • Masa kerja tetap mengikut syarikat - jangan kurang lebih tak mengapa



Kelebihan Memilih Kerja Sendiri? Antara sebab-sebab yang klise



  • Bebas untuk melakukan apa sahaja - asal aku  adea, boleh di mana sahaja
  • Masa kerja fleksibel  - ikut suka, malas padan muka 
  • Tak terikat dengan peraturan tempat kerja - cuti bila-bila masa, lambat atau segera, asal bahagia

Yang kita mungkin lalui
  • Pendapatan yang tidak  tetap - usaha berganda pulangan berlipat ganda
  • Risiko kerugian dalam perniagaan - tak pandai urus boleh jadi kurus
  • Tak ada pencen- nak senang sendiri simpan
  • Bil perubatan bayar sendiri - tak mampu rela mati
Yang lain-lain tambah sendiri :)

JIKA TANYA AKU, 

Aku ingin jadi suri tapi bergaji
tak perlu gaji tinggi
asal tak mintak simpati

tidak perlu  ribu riban 
asal cukup makan

Ada bisnes sendiri
kalau buat dirumah baik lagi
anak-anak di asuh sendiri
bikin tenang, puas hati








TAPI HAKIKATNYA KEBANYAKAN KITA TAKDA PILIHAN.. 


1 comment:

  1. golek2 sampai sini..
    i follow..hehe

    masih dlm dilema yer
    jemput baca ni

    http://lobaksusue.blogspot.com/2012/09/pekerjaan-yang-paling-terbaik-di-dunia.html

    ReplyDelete