Wednesday, July 4, 2012

Dilema ibu Berkerjaya

Sering sangat kita mendengar luahan hati seorang ibu, lagi-lagi yang baru bergelar ibu, rasa teruja mendapat anak tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. kalau boleh nak berkepit dengan anak 24 jam, perasaan serba salah, sedih bercampur baur lagi sekiranya perlu meninggalkan anak demi mendapat sesuap nasi. 

Sejak bayi dalam kandungan lagi kita telah memikirkan siapa yang akan menjaganya nanti. kalau boleh kita nak yang terbaik untuk bayi kita. Apalagi seringkali kita mendengar macam-macam berita kematian bayi di taska atau pengasuh. Sebab itu, ramai ibu atau  bapa yang sanggup berhenti kerja untuk mengasuh sendiri anak-anak. Anda  sangat bertuah dan sungguh beruntung si anak jika anda boleh mengambil keputusan begitu.

Namun bagaimana pula merekai yang kurang bernasib baik dan tiada pilihan? mahu atau tidak, kita terpaksa meminta orang lain yang menjaga anak kita. 

Selalu sangat kita mendengar, kalau nak hantar ke taska pilihlah yang berdaftar dengan JKM. Kalau ditinjau berapa kerat sangatlah taska yang berdaftar, sedangkan permintaan melebihi.Jika ditanya pengusaha, kebanyakan mereka meluahkan rasa terkilan,mereka bukan sengaja beroperasi secara haram tapi kerana provokasi dan prosedur yang ditetapkan pihak terbabit menyukarkan pengusaha taska mendapatkan lesen dan memaksa mereka mengusaha secara haram.Jika benar, pihak JKM sepatutnya mengkaji balik prosedur yang ditetapkan supaya semua taska dapat didaftarkan. Jika nak salahkan ibu bapa kerana menghantar anak-anak ke taska yang tidak berdaftar, kerajaan patut fikir berapa ramai kanak-kanak berbandng dengan taska yang ada, apalagi yang berdaftar. Kadang-kadang kita mungkin sudah muak dan bosan, jelakpun ada dengan cadangan yang akhirnya tinggal janji-janji kosong.. Daripada bazirkan duit kerajaan dengan perkara-perkara yang tak berapa nak memberi manfaat, lebih elok kiranya dibelanjakan untuk mengadakan taska di setiap pejabat. bukankah menberi keuntungan kepada keduanya. Kerajaan mungkin tidak akan kehilangan kakitangan yang boleh diharap.

Justeru itu, ramai ibu bapa yang memilih pengasuh kerana berasa lebih selamat, tapi kita terpaksa menganggung risiko menghabiskan cuti tahunan dengan sia-sia dengan mengambil cuti kecemasan sekiranya pengasuh mempunyai hal peribadi..

Baik taska ataupun pengasuh, ada pro dan kontra masing-masing. Apalagi malang tidak berbau, dimana-mana sahaja boleh berlaku kemalangan waima kita sendiri yang mengasuhpun. Namun,mengasuh sendiri anak-anak adalah yang terbaik kerana momen yang paling indah adalah  bersama--sama melalui perkembangan mereka. 





0 comments:

Post a Comment