Friday, June 29, 2012

Soalan bocor Exam KPSL (Kenaikan Pangkat Secara Lantikan)

Wah, laju je korang klik erk.. mana bleh bocorkan rahsia.. rahsia kerajaantu tau.. takutlah kiter, kan tak pasal2 daku di saman kerajaan kan..
Huh menyesal klik kang,, ? 


oklah sebab kesia kat korang  yang mungkin teruja tu, daku taknak lah korang rasa hampa menimpa-nimpa..

Ok sila buat muka teruja dulu ye..
Dipersembahkan ... TENG-TENG..TENG..



TIPS-TIPS MENJAWAB SOALAN KPSL..

Tips pertama;
Korang  WAJIB  menyediakan bahan-bahan rujukan seperti berikut;
Exam ni dipecahkan kepada 3 bahagian ye.


Bahagian I - Perintah Am, Arahan Perbendaharaan Dan Tatacara Pengurusan Stor

Bahagian II - Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA)

Bahagian III - Undang-undang Umum
a) Perlembagaan Malaysia (Bahagian III, IV dan V)
b) Akta Pencen (1980) dan Peraturan-peraturan Pencen 1980
c) Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1981
d) Peraturan-peraturan dan Kaedah-kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991
** Sila caribuku Undang-Undang Umum  II
e) Kanun Tanah Negara 1965
f) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960
g) Akta Kontrak 1950
h) Akta Pencegahan Rasuah 2009
i) Akta Pilihanraya 1958
j) Election (Registration of Election) Regulation 1971
k) Election Offences Ordinance, 1954
l) Election (Conduct of Eelction) Regulations 1981
** Sila cari buku Undang-Undang Umum Jilid I 

Mak aih banyaknya buku, nak kene baca semua ke tu?? kata nak luluskan, jadi jangan malas2 ye.. 
ok, kalau taknak baca, sila hangkut semua buku2 tu ye sebab exam ni boleh tengok buku.. :)

ERM satu lagi  kalau tak silap untuk KPSL N27 rasanya yang bahagian III tu e-i tak masuk dalam exam KPSL.KPSL N41 sila rajinkan diri cari semua buku tu ye.. 

Tips Kedua;Semasa menjawab soalanKorang hendaklah menjawab dengan mukadimah yang betul.. iaitu mesti ada 'dengan merujuk kepada (tajuk buku, bab, sub tajuk perenggan dan kalau boleh letak sekali muka surat berapa)contoh; dengan merujuk kepada  buku Perintah-perintah Am dan Pentadbiran(hingga 10hb OGOS 2009)  Bab C;CUTI Bahagian Cuti Sakit 17(a) maksimum cuti sakit ..........................................................(Salin kandungannya sehingga habis bergantung pada soalan jugak ye)

Tips ketiga
Jawab soalan yang rasa boleh jawab dulu. cari soalan yang senang bagi korangla.. jangan bazirkan masa dengan membelek buku cari jawapan yang tak berapa nak pasti


Tips keempat

Jawab soalan dengan kemas.. Jika boleh, Guna helaian kertas berlainan untuk soalan berlainan.. maksudnya , erk camna nak terangkan dengan lebih jelas yerk .. Biasanya soalan akan dipecahkan kepada 3 bahagian A) b) c) dan setiap soalan berserta dgn sub soalan tu markah dia 20markah. Jika korang  menjawab soalan berserta dengan sub2 dia tu lebih kurang 2page setengah , maka untuk soalan seterusnya tu jangan sambung di page yang sama . (ops, sila guna depan belakang ye kertas jawapan tu)sambung di muka surat belakang sekiranya masih kosong atau sila guna kertas jawapan yang lain. :) harap faham lah:)

OK, SETAKAT INI SAHAJA YANG BOLEH DAKU SHAREKAN BERSAMA KORANG SEBAB PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN KU SETAKAT ITU SAHAJA.. MUNGKIN ADA YANG INGIN MENAMBAH DIPERSILAKAN TANPA SEGAN SILU..  

Daku ikut caranije, Alhamdulillah sekali ambik lulus..2 paper  (statement bukan nak membangga diri k)
Semoga tips yang dikongsi dapat membantu puan tuan semua.. usaha, tawakal dan doa itu perlu.. 
  
                           GOOD LUCK




glitter-graphics.com

0 comments:

Post a Comment