Thursday, June 21, 2012

Gosip Pejabat Perbuatan Keji


"Tahukan kamu apa itu ghibah?' Jawab para sahabat; "Allah dan raul-Nya yang lebih mengatahui". maka kata Nabi Muhammas S.A.W 'Engkau membicarakan  saudaramu tentang apa yang tidak disukainya.
Kata para sahabat;'Bagaimana jika pada saudara kami itu benar ada hal yang dibicarakan itu? Jawab Nabi SAW;'Jika apa yang kamu bicarakan benar-benar ada padanya maka kamu telah meng-ghibahkannya, dan jika apa yang kamu bicarakan tidak ada padanya maka kamu telah membuat kedustaan keatasnya. (Hadis riwayat Muslim, Abud Daud dan Tarmidzil).

Di dalam Al-Quran juga ada peringatan  bagi mereka yang suka bergosip atau ghibah 'Dan janganlah sebahagian daripada kamu meng-ghibah sebahagian yang lainnya, sukakah kamu jika nanti (di hari kiamat) memakan daging saudaranya yang sudah mati, pasti kamu terasa amat jijik..' (Surah Al-Hujrat, Ayat 12)

Bagi muslimah tidak kira di mana berada, lebih2 berada di tempat kerja iaitu tempat kita mencari rezki, sama-samlah kita bermuhasabah diri dan mengelakkan daripada terjebak dalam perbuatan keji ini Moga rezki bertambah berkat.

Gosip pejabat. Pernah anda mendengar si Fulan sedang mengutuk atau mengumpat si Fulan yang lain? Nampak macam perkara remeh tetapi jika dibiarkan memberikan  impak negatif terhadap hasil kerja seseorang staf itu malah boleh mengganggu kehidupan peribadi mereka jika beliau tahu dirinya diumpat.  Bagi mengelakkan daripada terjerumus ke perangkap gosip ini, anda boleh mengikuti tip ini:

Bersikap Profesional.
kekalkan professionalisma dalam kerja, bermakna tumpukan perhatian terhadap kerja. Elakkan daripada bercakap perkara menyentuh hal peribadi. Bersikap neutral terhadap  topik perbualan yang tidak kene mengena dengan kerja. jIka anda hendak bersuara , fikir dahulu sebelum memberi pandangan. Banyak gosip sebenarnya berpunca daripada bicara 'terlajak kata' atau hendak menyedapkan cerita.

Elakkan daripada mendengarnya.
Lumrah tabiat manusia memang ingin tahu bagaimana orang lain melalui kehidupan mereka. Cara terbaik jauhkan diri daripada pekerja yang suka bergosip


Memilih kumpulan atau geng kawan-kawan
Bila keluar waktu rehat, pilih kumpulan rakan yang  kurang atau tidak langsung bergosip.Rakan yang baik memberi pengaruh yang baik kepada kita.

Wujudkan batasan.
Tahukah anda rakan sekerja yang suka bergosip sebenarnya turut mendedahkan dirinya untuk disaman malu oleh mangsa seandainya apa yang digosipkan itu sudah melampaui batasan.Ingatkan mereka bahawa ini adalah tempat mencari rezki dan bukannya temapat bergosip.

Mereka mengumpart kerana berasa tidak selamat
Mungkin juga mereka beranggapan dengan memberi tahu isu atau perkara negatif mengenai orang lain akan membuatkan kedudukan mereka lebih tinggi daripada orang yang digosipkan. atau mungkin juga ingin mendapatkan perhatian.Jadi jangan ikut rentak mereka, usah pedulikan dan lama-kelamaan pastinya mereka akan berhenti melakukannya kerana tidak dilayan.

0 comments:

Post a Comment