Thursday, June 28, 2012

Bayi anda Hisap Jari?









Kata orang tua-tua, bayi yang menghisap jari adalah bayi yang baik. Mereka tidak banyak kerenah dan tidak memeningkan kepala mamanya. Sungguh menarik! Biar apapun pendapat, ragam bayi adalah berbeza antara satu sama lain. Ada yang selepas minum susu, terus terlena, ada pulak yang terpaksa menggunakan alat bantuan seperti puting atau jari sehingga lena atau tertidur. Malahan ada yang menangis jika tangannya ditarik.

opss mama tak perlu bimbang. habit begini adalah normal kerana ia membuatkan mereka berasa selesa dan selamat. Sesetengah bayi akan menghisap jari apabila mereka berasa penat, bosan atau perlukan belaian. Janganlah kamu risau, tabiat ini akan berkurangan apabila mereka mempelajari benda-benda   baru. 


Kebiasaannya, tabiat sebegini akan hilang aqpabila bayi mencecah sembilan bulan hingga setahun. 
Ada sezetengah pendapat orang tua-tua mengatakan menghisap jari atau puting boleh menyebabkan gigi jongang.. Menurut kajian yang dilakukan oleh Amerika Dental Associating, tabiat menghisap jari tidak akan memudaratkan dan menyebabkan masalah kepada gigi dan gusi kecuali jika ia diteruskan melebihi empat hingga lima tahun. Namun utnuk mengelakkan masalah ini berterusan,  kerana habit ini juga tidak terlallu bersih, anda boleh melakukan pelbagai cara seperti :

  • Balut ibu jari bayi
  • Sapukan bahan yang tidak disukainya seperti lada sulah pada ibu jarinya
  • Beri pujian bila ia berjaya melupakan habit tersebut
  • Libatkan anak dengan aktiviti pergerakan tangan
  • Bawa anak berjumpa doktor jika habit berterusan (melebihi dua tahun

Tapi bagaiman pula yang menghisap ibu jari kaki? betulkah sesetengah pendapat mengatakan dia bakal mendapat adik? Adakah mitos semata-mata? Apa kata anda??



2 comments:

  1. Salam dear... Dari blog Mak Dara...

    ReplyDelete
  2. salam.. time kasih jenguk blog kita.. salam ukhwah.. kita dah jalan2 blog kamu.. dah follow pun :)

    ReplyDelete